Bermaafan di hari Raya

TANYALAH USTAZ TV9
27.6.2017
(Da'i Fuad&Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman)

*BERMAAFAN*
••••••••••••••••••••
Tidak ada dua org muslim bersalaman memohon maaf maka Allah ampunkan dosa²nya sebelum dia berpisah lagi.
Islam melarang kita bermusuhan.
Sikap yg baik adalah bermaafaan sesama kita.

BAGAIMANA CARA MEMAAFKAN ORG?
Memaafkan org lain bukan sahaja  dihari raya.
Memaafkan kesalahan org pada setiap hari.
Memaafkan org lain sangat dituntut dalam islam.
JIKA MELIBATKAN SOAL MARUAH,KITA KENA BERSIHKAN SEMULA MARUAH ORG ITU.
Cth jika kita pernah menjatuhkan maruah org difacebook maka kena bersihkan maruah org itu difacebook juga supaya bersih maruah org itu.
BILA KITA MENYEBARKAN SESUATU LEBIH² LAGI MELIBATKAN MARUAH ORG DAN UTK MEMINTA MAAF BUKANNYA SENANG(berhati~hatilah)

BOLEHKAH MOHON MAAF DIWHATSAPP?
Yg terbaik ketika memohon maaf adalah berjumpa sendiri dengannya dan mengaku perbuatan salah yg telah kita lakukan kepadanya.
Jika kita tidak mampu berjumpa dgn org yg telah kita buat salah kerana rasa malu maka bolehlah memohon maaf dilaman~laman sosial.

BAGAIMANA SUNNAH NABI BERSALAM/KEADAH BERSALAMAN YG SEBENAR?
Bersalaman itu ada sunnah.
BERSALAMAN YG SEBENARNYA ADALAH BERTEMU TAPAK TANGAN DGN TAPAK TANGAN BUKAN HANYA DIHUJUNG~HUJUNG JARI.
Bersalaman dihujung~hujung jari itu tanda TIDAK ADA KESUNGGUHAN.
Yg sebaik~baiknya juga ketika bersalaman, mata berpandangan.
AKAN GUGUR DOSA KEDUA~DUA MEREKA SEPERTI GUGURNYA DAUN² .
Dari Ibnu Masud...Nabi mengajar aku bersalam, tangan Nabi berada dikedua~dua tanganku.
Boleh bersalaman dgn satu tangan dan yg terbaik adalah bersalam dgn kedua~dua tangan serta mata bertentangan mata dan bersungguh ketika bersalam.

BAGAIMANA KITA NAK TAHU ORG ITU IKHLAS MEMAAFKAN KITA DAN TELAH MAAFKAN KITA?
Utk memastikan org itu telah benar² maafkan kita,itu diluar dari kemampuan kita.
Hanya Allah yg tahu hati manusia.
KITA TIDAK MAMPU NAK PASTIKAN KEIKHLASAN SESEORANG KETIKA MEMAAFKAN TAPI KITA BOLEH TAHU BAGAIMANA CARA DIA MELAYAN KITA SELEPAS KITA MINTA MAAF PADANYA.

PERLUKAN KITA SEBUT KESALAHAN KITA KETIKA MEMOHON MAAF?
Jika bila kita sebut akan mendatangkan kemarahan padanya,maka lebih baik tidak sebut kesalahan itu.
Tapi jika kita rasa tidak memudaratkan ketika menyebut kesalahan itu,maka bolehlah kita sebut kesalahan yg pernah kita lakukan.

ADAKAH ORG YG SELALU MEMOHON MAAF ITU TANDA ORG YG LEMAH?
Yg terbaik adalah org yg terlebih dulu mohon maaf.
Walaupun kesalahan itu dari pihak dia dan kita yg memulakan meminta maaf,Allah angkat darjat kita.
Ini kerana kita tidak mahu berlaku permusuhan dgn berpanjangan.

ADA ORG KATA "AKU TAKKAN MAAFKAN KAU SAMPAI AKHIRAT DAN AKU NAK JUMPA KAU DI AKHIRAT",BOLEHKAH BERKATA MACAM TU,USTAZ?
Janganlah kita terlalu SOMBONG kerana tidak memaafkan kerana harga kemaafan adalah SEBUAH SYURGA.

BAGAIMANA SUAMI ATAU ISTERI YG ADA DOSA DAN HANYA MEMOHON MAAF KETIKA RAYA SAHAJA?
Tidak wajar hanya memohon maaf pada hari raya sahaja.
Kita perlu mohon maaf pada setiap hari.
BERSIHKAN JIWA (suami/isteri)DAN SERING MEMAAFKAN DAN SAMA² BERTAUBAT KERANA MASING² ADA DOSA KEPADA ALLAH.
Serta ingatkanlah kebaikan antara suami dan isteri.

ADA ANAK YG SUDAH LAMA TAK BALIK KAMPUNG HINGGA IBUBAPA TERASA HATI,BAGAIMANA ANAK² NAK MOHON MAAF?
Ibubapa adalah pintu syurga bagi anak².
Org yg masih ada ibubapa,tolonglah hargai ibubapa.
Nak rasa mengetuk pintu syurga,ketuklah pintu rumah ibubapa kita dan melihat mereka tersenyum itu adalah syurga buat kita.
DAN IBUBAPA JADILAH IBUBAPA YG PEMAAF.

BAGAIMANA ORG YG TIDAK MEMERIMA PEMOHONAN MAAF DARI KITA?
Org yg memohon maaf itu bermakna dia telah selesai tanggunjawabnya memohon maaf.
TIDAK RUGI ORG YG MEMAAFKAN DAN ORG YG MEMOHON MAAF ITU TIDAK PERLU RUNSING LAGI.
MAAFKANLAH ORG DAN ALLAH AKAN BERI KEBAIKAN UTK KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT(rebutlah dan berilah maaf)

BAGAIMANA HUKUM BERSALAMAN DGN BUKAN MAHRAM(sepupu/ipar duai)?
Nabi kata ipar duai ibarat MAUT...
Kita perlu menjaga batas² dan jika kita tidak menjaga,takut akan bertambah dosa.
JANGAN ADA YG TERASA HATI BILA TIDAK BERSALAMAN ANTARA KITA(sepupu/ipar duai)kerana kita telah mengikut syariat.
Dan keluarga perlu juga beritahu siapa yg boleh kita salam dan siapa yg tidak boleh kita salam.

ADAKAH JATUH MARUAH JIKA YG TIDAK BERSALAH MINTA MAAF PADA YG BERSALAH DAN YG TUA MINTA MAAF PADA YG MUDA?
Tidak ada kehinaan jika yg tua meminta maaf pada yg muda dan yg yg tidak salah mohon maaf kepada yg salah kerana ini adalah sifat tawaduk(rendah diri).
Allah angkat darjat kita.
Org perempuan yg telah tua(nenek²)dan tidak bersahwat(kita boleh bersalaman)

JIKA KITA MEMAAFKAN ORG SECARA TERPAKSA DAN KESALAHAN ITU MASIH MENGURIS HATI KITA,BOLEHKAH USTAZ?
Itulah kelemahan manusia,boleh memaafkan tapi tidak mampu melupakan.
Berbeza dgn Allah,Allah mengampunakan dosa² kita dan melupakan dosa² kita.
BANYAKKAN BERISTIGHFAR SUPAYA KITA DAPAT BERLAPANG DADA MELUPAKAN KESALAHAN ORG PADA KITA...

APAKAH GANJARAN ORG YG MEMBERI KEMAAFAN?
Allah akan beri syurga,itulah ganjaran yg paling HEBAT dari Allah.
Sesiapa yg boleh simpan/kawal KEMARAHAAN/DENDAM,dia adalah org yg paling KUAT.
Allah suka org yg melakukan kebajikan.

DGN SIAPAKAH YG KITA BOLEH CIUM TANGAN?
Hanya ibubapa kita sahaja dan tidak boleh tunduk lebih daripada sujud.
Boleh juga cium tangan org lain dan perlu minta izin bapa kita ketika mencium tangan org lain(cth ketika bersalaman itu ada ulamak dihadapan bapa kita)
YG TERBAIK ADALAH CIUM TANGAN,TANGAN ORG YG SOLEH.

BERUSAHALAH MEMAAFKAN ORG LAIN KERNA KITA TIDAK MAHU ADA HUTANG DGN ORG KETIKA BERTEMU DGN ALLAH.

JIKA KITA INGIN DOSA KITA DIAMPUNKAN ALLAH,MAKA MAAFKAN ORG LAIN.
DAN MEMBERI MAAF,AKAN DAPAT PUJIAN DARI ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup