Bila sudah sibuk
Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWi 248
Bila sudah sibuk....
Barulah dapat difahami, kenapa Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam menyuruhkan kejar 5 sebelum datang 5,... antaranya :
فراغك قبل شغلك
" ...lapang engkau sebelum sibukmu ",
..rasa tidak sempat nak berjamaah dalam solat di masjid,
..rasa tidak ada masa nak duduk dalam kuliah dan ceramah,
..tidak sempat nak baca Al Quran, zikir al ma'tsurat,
..tidak cukup masa nak bersama dengan dakwah dan perjuangan, berintima' dengan tanzim jamaah,...
إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا ﴿٧﴾
.. sesungguhnya bagi engkau di waktu siang, urusan yang panjang-panjang,
Al Muzzammil :
...شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ..
"Harta dan keluarga kami telah menyibukkan merintangi kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami";
Al Fath : 11
Justeru, alangkah baiknya jika dapat bersibuk dengan keaiban diri sendiri dan bersibuk dengan usaha memperelokkan diri iaitu memperelokkan perkataan dan perlakuan diri sendiri...
(( طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس ))
[ أخرجه الديلمي في مسن الفردوس عن أنس تصحيح السيوطي: حسن ]
"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia "
HR Ad Dailami
ABi
Comments
Post a Comment