Dunia yang mencuri
Telah menasihati akan diriku oleh guruku yang dikasihi Sayidi As Syarif Ahmad Al Hadi Al Maghribi rah. di Zawiyyah Qadi Iyad, Kulim:
"Dunia itu sentiasa mencuri sedikit demi sedikit usia anak-anak kamu yang muda"
--------------------------------------------------
Ketahuilah, bahawa usia anak2 yang muda dan remaja mudah tertarik kepada dunia yang indah menggapai. Tanpa disedari, sedikit demi sedikit anak2 yang muda dan remaja ini meninggalkan agama dan kecintaan kepada agama, maka demikianlah agama itu dicuri oleh dunia sehingga hilang minat dan kecintaan kepada agama....
Tiada yang tinggal dalam hati mereka melainkan keseronokan dunia yang semakin menenggelamkan agama...walaupun tangan Sang Guru seumpama tangan Nabi Noh a.s yang ingin menarik anaknya yang hampir tenggelam didalam banjir yang ganas, namun demikian anaknya tidak memperdulikannya kerana berkeyakinan keselamatan dari banjir itu masih ada ruangnya...
Sungguh anaknya tertipu......
Comments
Post a Comment