Tentang ujian

*KISAH SEORANG USAHAWAN*

Masa mula2 berniaga dulu, tengah susah solat Dhuha tak pernah tinggal. Tiap2 hari bangun kul 4 solat tahajud.

Solat nya awal, sujud nya lama, doa nya panjang. Selalu cakap ngan mak, tolong doa bagi berjaya. Selalu cakap ngan suami mintak doakan.

Dapat untung ratus2 syukur gila2 dah. Otak duk pikir macamna nak bantu orang sekeliling.

Lama2, perniagaan makin maju, untung makin besar. Kerja makin banyak. Jadual makin padat.

Solat nya jadi lewat2, doa nya jadi pendek2, sujud nya sekejap2. Tidur makin lewat, tahajjud hilang dalam mimpi saja. Subuh nya hujung2 je.

Dhuha memang dah tak sempat. Dah tak mintak restu dan doa mak dah. Masa dengan suami dan anak2 makin kurang.

Dah pandai buat puluh2 ribu, sekarang sales ratus2 dah tak rasa syukur dah.

Harta makin banyak, otak duk pikir mana nak labur, macamna nak kembangkan. Hartanah mana nak beli.

Korang pernah alami benda ni?

Kawan... #Senang itu *UJIAN*. #Susah itu pun *UJIAN*.

Ramai yang mampu Lulus ujian *SUSAH*. Tapi tak ramai yang Lulus ujian *SENANG*.

Tuhan kita itu *PEMURAH*. Dia *ARRAHMAN*. Kita mintak apa pun dia bagi.

Nak Harta? Dia bagi *HARTA* Nak Anak? Dia bagi *ANAK* Nak apa pun, mintak saja.

Moga kita tak di lalai kan dengan kejayaan dunia.

#Buatrenunganbersama
#Pesananbuatdirisndri
#CopynPaste

(Moga kita dari kalangan hamba NYA yg sentiasa bersyukur)😪😪

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2