Adab meraikan tetamu
C&P
Saya belajar lagi budaya/adab orang Turki dari Abi Fatih.
Adab menyambut tetamu
1. Jika ada 2 tetamu berbeza di rumah dan salah seorang mahu pulang, hantarkan ke pintu dan pastikan yang masih di rumah tidak hilang dari pandangan. Pastikan kedua tetamu merasakan kita sebagai tuan rumah masih senang dihubungi.
2. Bila ada 2 tetamu berbeza di rumah, kenal atau tidak sesama mereka, biarkan mereka berbicara. Lebih lama, lebih mesra, lebih silaturrahim, lebih banyak barokah melimpah dalam rumah anda.
3. Apabila duduk bersama tetamu, pastikan kaki tidak disilangkan. Itu tanda kurang sopan. Anak-anak juga bila duduk bersama ibuayah tidak patut menyilangkan kaki. (Asingkan tetamu lelaki dan perempuan)
4. Pastikan ada air atau makanan untuk tetamu. Setiap suapan dan tegukan mereka dengan lafaz 'bismillah' akan menambah barokah ke dalam rumah.
5. Tawarkan untuk tetamu tidur di rumah jika mampu. Tetamu datang dengan 10 rahmat, pulang bawa satu rahmat dan tinggalkan 9 rahmat. Lebih lama mereka di rumah kita, lebih banyak rahmat.
6. Jika tetamu yang datang seorang dan pulang dengan bas, hantar sampai ke pintu bas.
Nota:
Pintu utama rumah di Turki ada yang mempunyai 2 pengetuk. Jika tetamu lelaki ketuk sebelah kiri dengan bunyi yang berbeza dengan yang lagi satu untuk perempuan. Ini untuk memastikan, yang menyambut sama jantina.
Pintu utama rumah di Turki ada yang mempunyai 2 pengetuk. Jika tetamu lelaki ketuk sebelah kiri dengan bunyi yang berbeza dengan yang lagi satu untuk perempuan. Ini untuk memastikan, yang menyambut sama jantina.
Comments
Post a Comment