Panduan berpagi-pagi

Apabila Dato' Roslan Ab Hamid kongsikan:
.
"Kelemahan anak muda - bangun lewat. Apabila gagal manfaat masa emas 4 pagi hingga 10 pagi - sukar berjaya pada masa depan" (lihat post sebelum ini di kongsi dari FB Dato' Roslan)
.

InshaAllah antara solusi kita boleh buat untuk bangun awal pagi:
.
+ Tidur awal. Selewatnya jam 11 malam. Antara jam 10 malam hingga 1 pagi banyak sel sedang di ganti. Baik untuk kesihatan.
.
+ Jauhi telefon. Sebaiknya tidak bersama telefon lagi 30 minit sebelum tidur. Telefon letak jauh dari kita semasa tidur. Pernah seorang ustaz pesan, juga jauhi telefon dari kita semasa solat. Gelombang dari telefon mampu buat kita tidak kusyu' solat.
.
+ Bangun jangan capai telefon. Terus mandi dan bersuci. Badan lebih segar dan ringan untuk ibadah. Terus solat. Lawan nafsu ini, lama-lama jadi habit dan tidak lagi di kuasai telefon.
.
+ Adakan amalan rutin. Contohnya  Al-Mathurat selepas Subuh. Beberapa helaian Al-Quran atau surah pilihan setiap pagi. Di teruskan dengan selawat, zikir dan asma ulhusna. Peruntukkan 30 minit ke 1 jam untuk aktiviti ini. Otak jadi lebih cergas untuk bekerja sepanjang hari. Ini pendinding diri, peneman kita di alam kubur dan masyar.
.
+ Seterusnya ambil masa untuk buat Affirmation. Sekitar 10 minit setiap pagi mampu merubah hari anda. Lebih terarah hidup dengan tujuan yang jelas. Tiada istilah tidur semula.
.
+ Kemudian, peruntukan masa untuk Solat Dhuha.
.
Masa emas ini refleksi hidup kita. Hidup dalam keserabutan, tak pasti arah tuju, terlalu banyak kebergantungan dan ketakutan pada dunia. Atau hidup yang tenang, redha dan kekuatan diri yang berpaksi iman dalam menghadapi cabaran hidup.
.
Ps: Ini sekadar pandangan peribadi. Kongsikan tips ini untuk panduan sahabat lain yang memerlukan.
C&P....

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kelebihan surah Al Fiil