Menjaga lisan, menjaga hati

[19/04, 9:46 AM] Haslina Hasan UOP: JANGAN CAKAP.

Bila lawat kenalan sakit, jangan dok ulang byk kali bahawa sakit itu penghapus dosa kerana ayat penyata itu sebenarnya adalah peringatan utk diri sendiri bukan utk org lain. Kena ingat, org yg sedang sakit, emosinya tak stabil. Berikan kata² yg menyenangkan hatinya, katakan sakit itu ujian Allah, itu tandanya Allah sayang dia dan doakan agar dia cepat sembuh.

Bila lawat kenalan ditimpa bencana, jangan cakap itu semua kifarah di atas dosa dia yg lepas, seolah kita yg tak ditimpa bencana takde dosa. Katakan semua tu ujian Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.

Bila jumpa pasangan yg dah lama berkahwin tapi tak punya cahayamata, jangan tanya bila nak dapat anak, jangan tanya merancang ke, sebab kita tak tahu betapa mereka mahukan anak tapi belum diizinkan Tuhan. Katakan bahawa Allah nak berikan yg terbaik untuk mereka.

Bila nampak orang yg dibenci ditimpa kesusahan, jangan kata padan muka sbb dulu buat aku, sebab mungkin dia dah sedar lama akan kesilapannya.

Jika nampak orang berlaku kejam, jangan kata tunggulah karma, apa kau buat hari ni, akan dibalas satu hari nanti sebab kita tak tahu apa punca dia berlaku sedemikian. Doakan agar dia berubah.

Jika mendengar cerita dari sebelah pihak, janganlah terus menghukum pihak yg satu lagi sebab kita  tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Kpd para suami, jangan bergurau tentang kahwin lain, bini muda dan serupa dengannya dgn isteri, apalagi di hadapan orang lain. Isteri akan senyum kerana menjaga airmuka suami tapi siapa tahu hatinya tersentak, terguris.

Kepada para isteri, jangan kata boleh hidup tanpa suami kerana ada pendapatan sendiri kerana suamilah yg memegang restu ke atas isterinya.

Bila berjumpa dengan kenalan yg masih belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut, janganlah berkata mahupun sekadar gurauan tentang kelewatan perkahwinannya, seolah dia tak mahu berkahwin. Kita tak tahu bahawa dia menangis setiap kali melihat kawan sebaya sudah bahagia bersama keluarga sendiri dan anak2 sedangkan dia masih menyendiri. Ingatlah bahawa, jodoh pertemuan adalah kuasa Allah.

Bila nampak orang kaya tapi tak mahu bersedeqah, jangan kata dia kedekut sebab kita tak tahu mungkin dia bersedeqah lebih dari kita tapi dia lebih suka membuatnya dalam keadaan yg orang tak nampak.

Bila nampak orang yg bekerja keras tapi duit tak pernah cukup, jangan kata rezekinya tak berkat kerana kita tak tahu betapa dia menjaga keberkatan rezki dan pekerjaannya. Ingatlah, hanya Allah yg tahu rahsia segala rezeki dan keberkatan setiap hambaNya.

Bila nampak orang gemuk, janganlah bertanya samada dia tak diet ke, tak jaga makan ke, tak pandai jaga badan ke sebab dia mungkin tak berkesempatan utk menjaga dirinya sendiri kerana sibuk menjaga keluarganya. Takde orang yg tak mahukan badan yg cantik. Katakan padanya jaga diri elok2, tak mengapa bertubuh besar asalkan dia sihat tanpa penyakit dan biarlah dia gembira tanpa susahkan orang lain.

Bila ada anak teman kita yg mendapat keputusan yg kurang elok, janganlah ditanya tak tuisyen ke, tak studi ke, tak pantau anak kat rumah ke, sebab kita tak tahu suasana keluarganya. Takde ibu bapa yg nak lihat anaknya gagal. Katakan padanya tak pandai belajar tak semestinya tak pandai dalam kehidupan. Ingatkan padanya bahawa ramai orang yg terkenal dan berjaya hari ini adalah orang yg dulunya seringkali gagal dalam pelajaran.

Bila nampak orang tua yg diabaikan anak2, jangan kata dia tak didik anak2 nya dgn baik sebab kita tak tahu apa yg dah berlaku sebenarnya.

Bila nampak anak yg meninggalkan ibubapanya di rumah org tua, janganlah kata itu anak yg derhaka sebab kita tak tahu mungkin itu adalah yg terbaik supaya ibubapa tidak terabai tatkala anak pergi bekerja.

Semua kata2 itu adalah untuk peringatan diri kita sendiri, bukan untuk dilemparkan kepada insan lain. Jangan sesekali samakan diri kita dgn org lain dan begitu juga sebaliknya. Jangan mengeji kerana kita tak duduk di tempat orang yg dikeji. Tak ada insan yg tak mahu hidupnya sempurna. Segalanya dengan izin Allah.

Jagalah lidah, jagalah hati, jagalah pandangan, jagalah perasaan. Mungkin niat kita baik, tapi ianya menyebabkan kekecewaan pada orang yg mendengarnya. Menegur itu boleh, tapi biarlah selaras dengan hati yg menerimanya. Janganlah menegur di hadapan orang lain kerana itu akan menjatuhkan airmuka orang yg ditegur.

Ketahuilah bahawa Allah dah rancang segala yg terbaik utk setiap hambaNya.

Allahu..pentingnya menjaga lisan, datang dari hati yg bersih sebenornya 👍🏼👍🏼

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2