Tawaran hebat
Tawaran Hebat Projek Mega!
Adakah anda ingin dalam syurga nanti memiliki mahligai, pepohon tamar, harta yang banyak dan pokok-pokok?
Begini caranya:
1. Tunaikan solat sunat rawatib 12 rakaat sehari semalam.
Sebuah hadis Nabi S.A.W dalam Sahih Muslim memberi maksud mereka yang solat rawatib sebanyak 12 rakaat sehari semalam akan dibina buatnya sebuah mahligai di syurga nanti.
Iaitu 2 rakaat sebelum fajar, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.
2. Ucapkan zikir (سُبْحَانَ اللّهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ)
Dikhabarkan dalam sebuah hadis Nabi S.A.W dalam Sunan Tirmizi, sesiapa yang membaca zikir ini, akan ditanam buatnya sepohon tamar di syurga.
3. Berzikirlah dengan (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)
Sebuah hadis dalam Sahih Muslim, Nabi S.A.W menyatakan zikir ini merupakan salah satu khazanah berharga atau harta simpanan dalam syurga.
4. Amalkan (سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ)
Hadis Nabi S.A.W dalam Sunan Ibnu Majah menjelaskan bahawa setiap ucapan zikir ini akan ditanam buatnya sepohon pokok dalam syurga nanti.
Bolehlah diamalkan satu demi satu, semoga berbahagia di sana nanti, insya-Allah.
#NajmiFarisham
Comments
Post a Comment