Mulakan dgn diri sendiri
SEMUANYA BERMULA DENGAN DIRI.❤️
.
Coach yakin ramai antara sahabat-sahabat di sini yang mahu berubah.
Mahu mencapai setiap apa yang diingini dalam kehidupan.
Mahu mencapai setiap apa yang diingini dalam kehidupan.
Mahu kaya, tenang dan bahagia.
.
Bila pandang sekeliling, kita lihat kebahagiaan sahabat-sahabat.
'Tuh, sakitnya ku di sini,' bisik hati.
.
'Seronoknya kalau jadi seperti mereka. Best tengok hidup mereka nampak ceria bahagia.'
.
Sebenarnya, kita pasti dapat mencapai apa yang kita mahukan jika kita mahu menukar habit atau kebiasaan yang kurang baik.
.
Dari semudah proses menukar cara pernafasan, memperbetulkan cara duduk agar kedudukan tulang belakang dapat dialignkan atau menukar kebiasaan waktu tidur.
.
"Susahlah, Coach."
"Payahlah...saya dah biasa dengan cara sebegini."
Alasan. Nak ke nak untuk berubah sebenarnya?
.
Mulai dengan melakukan perubahan di dalam diri, Insya-Allah pasti ada perubahan kepada dunia sekeliling kita.
.
Kerana di akhirnya, tidak kiralah berapa banyak guru yang kita ada atau ilmu yang dipelajari - hanya kita yang mampu merubah diri sendiri.
.
Coach tidak menafikan merubah diri adalah antara perkara yang sukar untuk dilakukan. Ya lah, bertahun-tahun lamanya diri telah sebati dengan cara yang dipelajari dan diajari semenjak kecil.
.
You definitely need a strong will power to the these changes ?
.
Hakikatnya, semua tindakan bergantung kepada diri kita. Segalanya perlu lahir dari hati yang paling dalam.
.
Lakukan sekarang.
.
Buat perubahan kecil. Apa kata kalau hari ini kita mulakan dengan teknik pernafasan. Sedari nafas yang disedut. Rasakan nafas yang dihembus keluar. Syukuri betapa Allah sangat sayangkan semua hamba-Nya. Tidak pernah sekali, DIA memutuskan bekalan oksigen kepada semua makhluk-Nya.
.
Jarakkan fikiran dan cuba berada di masa sekarang by being present. Dengar bunyian alam. Teruskan dengan mensyukuri.
.
Bukankan Allah berjanji lagi banyak kita bersyukur, sebanyak itulah dan lebih lagi DIA tambahkan rezeki buat kita.
Mudahkan?
.
Jadikan perubahan-perubahan ini sebagai satu rutin yang sebati dalam diri. Pasti kebaikan yang kita tunjukkan akan memberi impak positif kepada diri dan mudah-mudahan berjangkit pula kepada semua yang ada di sekeliling. Insya-Allah.
.
Follow dan see first, Coach Nora Zyan berkongsi motivasi dan kisah bangkit. ❤️
-Silakan Share.
#ProgramRetreat
#MudahnyaBahagia
Comments
Post a Comment