Tafsir Surah Al-Jinn

TANYALAH USTAZ TV3
23.12.2019
(Da'i Azrin & Ustaz Zul Ramli M Razali)

TAFSIR
SURAH AL~JINN)
••••••••••••••••••••••••••••
Allah takdirkan kita di hari yg baru dan Allah taufikkan kita sama² berada di majlis ilmu.
Nabi berdoa Ya Allah Engkau berkati umatku dipagi hari.
Kita harap kita dapat keberkatan dari sudut ilmu.
Kita bincangkan tafsir(penerangan dan penjelasan)sesuai dgn kehendak Allah.
TAK BOLEH TAFSIR APA YG KITA MAHU DAN APA YG KITA SUKA(tak boleh mengolah tafsir mengikut kehendak kita).

APA KEISTIMEWAAN SURAH INI?
Surah Al~Jinn adalah surah yg ke~72.
Surah yg ke~71 adalah surah Nuh.
Mesej antara surah Nuh dan surah Jin,Nuh ialah tangisan yg kuat kerana menanggung beban yg sangat dahsyat(umat yg syirik pada Allah).
Umat yg berpecah dari sudut akidah.
Allah gambarkan dalam Surah Nuh,betapa kerasnya hati manusia menyebabkan mereka langsung tak mendengar kalam Allah,tak mendengar peringatan Allah.
Nabi Nuh berdakwah 900 tahun dan umatnya jemu dan benci pada Nabi Nuh.
Manusia ini bila datang kebenaran,mereka masukkan jari dalam telinga mereka(begitu tak sukanya pada dakwah).
Makhluk namanya jin beriman pada Allah dan mendengar kalam Allah.
KETIKA DIBACAKAN KALAM ALLAH UTK KALI PERTAMANYA,PARA JIN TELAH TUNDUK DAN MENANGIS DAN TIDAK MENDUSTAI AYAT² ALLAH.
Itulah kaitan antara Surah Nuh dan Surah Al~Jin.
PARA PENDAKWAH BELAJARLAH SEPERTI DAKWAH NABI NUH YG SABAR.

ADAKAH BAGINDA DAPAT MELIHAT KEHADIRAN JIN,DIMANA IA BERLAKU DAN APAKAH JIN BERIMAN?
Ayat ini ayat Makiah,sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.
Sebab turunnya ayat ini ketika Nabi berada di Mekah Nabi berdakwah di pasar Uqas,Nabi akan ambil peluang berdakwah kepada semua org.
Nabi berhadapan dgn umat yg keras hatinya.
Ketika solat fajar Nabi baca dalam keadaan kuat dan Nabi baca ayat pertama dari surah Jinn.
Kemudian para jin ketika itu berkata kami telah mendengar sesuatu yg mengajaibkan dan mereka para jin beriman.
JIN MENDENGAR DGN TELITI DAN MENJADIKAN MEREKA BERIMAN.
Nabi melihat jin sebanyak 5 kali sahaja antaranya ketika Nabi baca surah ini.

APAKAH CIRI² JIN?
Jin bermaksud sesuatu yg tersembunyi.
Manusia disebut insan kerana manusia bersifat pelupa,manusia punya emosi.
Janin sama kata seperti jin kerana tersembunyi.
Manusia daripada tanah.
Unsur yg ada pada air mani sama unsur yg ada pada tanah.
Asal manusia daripada Adam.
Asal dari segala jin daripada Jan.
Jin dari unsur api dan asap.
Jin terlampau banyak jenis²nya.

APA SEBAB JIN YAKIN DGN AL~QURAN?
Org yg benar² beriman apabila dengar kalimah Allah,bergoncang hatinya dan bila didengarkan ayat Allah akan bertambah imannya.
Jin beriman kerana jin mendengar bacaan Al~Quran dgn fokus(dgn teliti).
Apabila Al~Quran tak dihargai samalah seperti monyet yg dapat bunga.
Mengaku dihadapan Tuhan,Ya Allah aku keras hati,mulakan dgn Bismillah dan isi dgn Al~Quran,Al~Quran akan masuk dalam hati dan melembutkan hati kita.

APAKAH JIN JUGA MENYERU KE ARAH KEBAIKAN?
Ketika jin mendengar bacaan Al~Quran daripada Nabi lantas mereka beriman dan mereka pergi kepada kaum jin menyampaikan mesej Al~Quran yg ajaib.
Memang ada kaum jin telah menyampaikan dakwah kepada kaum mereka.

APA BEZA JIN,IBLIS DAN SYAITAN?
Pada ayat 11 kami(jin)golongan yg soleh dan golongan yg jahat,kita menurut jalan yg berlainan.
Ada jin yg biasa(adi).
Ada jin yg kafir(kepala iblis) dan zuriatnya adalah syaitan.
SETIAP YG MENJAUHKAN KITA DARIPADA ALLAH ITULAH SYAITAN.
SYAITAN JUGA ADA DARI KALANGAN MANUSIA(manusia yg menjauhkan manusia daripada Allah,itulah manusia dari kalangan syaitan).

APA HIKMAH DAKWAH BUKAN DARI KALANGAN MANUSIA TAPI JUGA DARI KALANGAN JIN DAN APAKAH JIN JUGA ADA GOLONGAN YG DEGIL?
Manusia tidak disuruh sampaikan dakwah pada jin kerana jin berada di alam lain.
Manusia yg dicipta dari tanah juga bersifat keras dan memang ada dikalangan jin juga ada yg keras.
Mesejnya sekiranya kamu(manusia mendengar Al~Quran dgn tekun kamu juga akan dapat manfaat).

APAKAH JIN BOLEH MENGANGGU DAN MENAKUTKAN MANUSIA?
Jin yg kedua ialah dari kelompok syaitan memang nak merosakkan manusia.
Bila perasaan takut itu ada pada manusia,akan datang gambaran² yg menakutkannya.

JIN YG DUDUK DI LANGIT DAN MENCURI~CURI CERITA(Ayat 8),APA MAKSUD SEBENAR AYAT TERSEBUT?
Mereka pergi utk mencari sebab(berita di langit).
Jin² ini suka mendengar berita² di langit dunia.
Mereka duduk di bumi bukan di tempat² lain.
Mereka boleh terbang dan suka dapat berita dari langit dan berita itu diberi kepada tukang² ramal.
Mereka senang² naik ke langit utk dapatkan berita dan turun berita itu ke bumi.
Allah jadikan pengawal² di langit dan mereka sudah tak mampu naik ke atas.
Mereka cari sebab kenapa mereka dah tak boleh naik ke atas langit.
Al~Quran dah turun dan jin tak boleh bawa berita.
Allah nak bersihkan ketika turunnya wahyu,jin sudah tak boleh naik ke langit.

ADAKAH MASJID JIN DI MASJIDIL HARAM ADA KAITAN DGN SURAH JIN?
Ada beberapa masa Nabi bertemu dgn jin.
Nabi ada bertemu jin di Masjid Jin pada ketika itu dan ketika itu jin memeluk islam.
Masjid itu dikekalkan utk memberitahu bahawa makhluk Allah yg tersembunyi juga mengikut Nabi dan beriman pada Nabi.

MASJID UTK SESEORANG ITU MELAKUKAN IBADAT SEMATA~MATA KERANA ALLAH.
DALAM KEHIDUPAN KITA TERUTAMANYA UTK KAUM LELAKI,PASTIKAN MASJID IALAH TEMPAT YG DEKAT DGN KITA UTK MELAKUKAN IBADAH SEMATA~MATA KERANA ALLAH BUKAN KERANA YG LAINNYA.

ADAKAH JIN BOLEH MENYAMAR JADI HAIWAN ATAU MANUSIA?
Berlaku penyamaran ini di Madinah pada zaman Nabi.
Tak ada manusia dan jin yg boleh berubah~ubah bentuk.
Sekirannya kita nampak sesuatu yg menampakkan itu adalah syaitan dan laungkan azan sebanyak 3 kali utk buang hayalan mata yg tertipu.

JIN DAPAT PETUNJUK DARI NABI,BAGAIMANA KEDUDUKAN JIN SEBELUM ADANYA NABI MUHAMMAD,APAKAH JIN BELUM DAPAT HIDAYAH KETIKA ITU?
Allah jadikan jin dan manusia melainkan utk mengabdikan diri pada Allah.
Jin juga nak abdikan diri pada Allah.
Jin perlu kepada Rasul utk kenal Allah.
Jin telah terima Rasul daripada Nabi Musa.
Para jin dapat maklumat mengabdikan diri daripada Rasul terdahulu.

APAKAH JIN BOLEH MATI?
Jin adalah makhluk dan makhluk tidak kekal.
Jin makhluk yg lahir dan jin juga mati.
Jin lebih panjang umurnya.

ALLAH BAYANGKAN JIN YG JAHAT TAPI SAAT MEREKA MENGHAYATI AL~QURAN MEREKA DAPATI AL~QURAN INI BERBEZA.
BARANGSIAPA YG INGIN MENJINAKKAN HATI, ALLAH CUKUP BAGINYA,BARANGSIAPA YG INGINKAN HUJJAH, AL~QURAN CUKUP BAGINYA,BARANGSIAPA YG INGIN KAYA,QANNAH CUKUP BAGINYA DAN BARANGSIAPA INGIN NASIHAT,KEMATIAN CUKUP BAGINYA.
DAN JIKA KEEMPAT~EMPAT TAK CUKUP MAKA NERAKA CUKUPLAH UTK DIRINYA.
HARI INI KITA HARAP KITA LEBIH HAMPIR DGN AL~QURAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2