Kembara Syifa - Stigma dalam kesihatan mental
Episod 3.
Topik: Stigma dalam kesihatan mental
Tetamu: Dr Hazli
Rujukan:
Penyakit mental adalah antara lima penyakit utama di dunia menyebabkan kurang upaya manusia.
Kemurungan adalah penyebab kedua tertinggi dalam masyarakat.
Sama spt penyakit fizikal, penyakit mental ada potensi utk sembuh.
Dalam proses utk sembuh, antara penghalang/cabaran bagi mereka yang menghidapi penyakit mental adalah STIGMA terhadap penyakit mental ini.
10 September telah diwar-warkan sebagai hari pencegahan bunuh diri.
Statistik bunuh diri semakin meningkat di seluruh dunia.
Dgn adanya pendedahan ttg penyakit mental, orang yg datang dapatkan bantuan juga akan meningkat.
Faktor-faktor yg menyumbang peningkatan sakit mental/bunuh diri:
1. penyalahgunaan dadah - terutama di kalangan remaja. otak masih terbina. guna dadah kesannya hilang pertimbangan, mahu bunuh diri.
2. persekitaran - ibubapa yang berpecah belah, emosi tak stabil, jiran-jiran tak ambil peduli, tiada sokongan keluarga datuk nenek dsb.
3. spiritual - pendidikan agama semakin kurang ditekankan.
Kenapa ada stigma?
Secara umum, ilmu ttg kesihatan mental sangat kurang. Biasanya kisah kesihatan mental ini hanyalah sekadar dengar-dengar saja, dianggap remeh. Hinggakan golongan profesional pun tak faham ttg masalah kesihatan mental.
Penghidap penyakit mental atau bermasalah dgn kesihatan mental dilabelkan sebagai:
- menjatuhkan imej keluarga.
- tidak kuat semangat.
- lemah/kurang iman.
- mencari perhatian.
- cepat bertukar ganas hingga tak dapat dikawal diri, cederakan orang sekeliling.
- bila sakit mental, selama2nya sakit. sebenarnya ada episod tertentu saja.
Harus difahami, semua orang ada kelebihan dan kekurangan, tapi dilanda ujian.
Kesihatan mental sama pentingnya dgn kesihatan fizikal, rohani.
Kesihatan mental VS penyakit mental
Apa yg dimaksudkan "kesihatan mental"?
kesihatan mental ada spektrum, bertahap-tahap.
Dari skala 0 (tak bagus) ke 10 (sgt bagus).
Penyakit mental pula boleh jadi ada atau tiada.
Bila dilukis, kita ada 4 kuadran.
Ada (menghidapi) penyakit mental tidak sama dgn kesihatan mental yg tidak bagus.
Seseorang itu boleh ada kesihatan mental yg tidak baik tapi tak semestinya ada penyakit mental.
Yang paling perlukan bantuan/rawatan ataupun diselamatkan (mereka yg berada di kuadran merah). Sudahlah tahap kesihatan mentalnya tidak bagus, menghidapi penyakit mental pula.
@15:40
Bila sudah didiagnos, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Rawatan atau ubat itu, tak semestinya ubat yg dimakan. Rawatan dari segi psikologi, spiritual, sosial adalah ubat juga.
Sebagai pesakit mental, sepatutnya tidak berasa malu untuk mengambil ubat-ubatan dan dapatkan rawatan lain.
Malah, penghidap kencing manis, contohnya, sepatutnya lebih berasa malu kena makan ubat, kerana penyakitnya itu disebabkan oleh salah sendiri - tak jaga makan minum dan kesihatan.
Ubat adalah usaha yg kita perlu lakukan sebagai sebahagian dari cara rawatan.
@17:47
Perlu pengesahan dari pakar, jangan guna online assessment saja.
Contoh:
Seorang surirumah dimaki hamun tiap hari.
Sebenarnya, dia belum ada penyakit mental tapi kesihatan mentalnya sudah terjejas.
Dia perlu dapatkan pertolongan.
Apa kesan stigma kepada masyarakat?
Stigma wujud di semua bidang pekerjaan, di semua peringkat dan institusi cth. hospital, sekolah, tempat kerja. semua bidang -perubatan, pendidikan, insuran dsb.
3 kategori stigma yang wujud:
1. structural - sistem/polisi/regulation.
2. interpersonal - attitude orang2 sekeliling.
3. intrapersonal - internalized stigma. low self esteem.
Contoh:
1. calon yg jujur bercerita episod kisah silamnya, bila ditemuduga, majikan TIDAK TERIMA sebagai pekerja setelah tahu dia pernah mengalami masalah kesihatan mental.
2. biasiswa utk belajar ke luarnegara DITUKAR kpd dalam negara kerana pemohon declare dia ada penyakit "social anxiety". sponsor patut bertanya kpd pakar psikiatrik.
3. penghidap kemurungan nak masuk wad (boleh bayar sendiri) di sebuah hospital private TIDAK DITERIMA oleh hospital. Hospital "tak selesa" bila nak admit ke "wad psikiatri". Akhirnya kena masuk wad oleh sebab adanya penyakit lain, cari doktor lain yang bukan psychiatrist.
Kesan apabila terlalu banyak stigma:
dalam contoh 1, pemohon tidak dapat kerja yang diminta.
dalam contoh 2, pesakit tak dapat hak untuk belajar overseas.
dalam contoh 3, pesakit tak dapat hak untuk dirawat. kena tunggu ada penyakit lain, baru boleh rujuk kpd wad lain.
Tujuan kita supaya yang patut dirawat, berani tampil utk dirawat.
@31:31
Pujian diberi kpd pihak kerajaan dan NGO kerana menangani kesihatan mental:
- "majlis promosi kesihatan mental" 4 kali setahun mesyuarat.
- program "minda sihat".
- program "let's talk". semua orang sepatutnya bercakap. semua orang yg sakit, alami, recover.
- aktiviti NGO - organized a clubhouse.
- speakers/survivors - Puteri Iman, dr Kadir.
- IKIM.fm pun menjadi contoh stesen radio dah musim ke5.
Q: bagaimana nak hadapi?
Kita sendiri tambahkan ilmu dan fakta yang betul.
bukan sekadar dengar-dengar saja.
1. kenali diri kita sendiri.
- menerima diri sendiri seadanya.
- perbaiki kekurangan diri.
- tingkatkan potensi pada kelebihan diri.
- kuatkan pertahanan dalaman diri sendiri dulu.
2. kenali orang sekeliling kita.
- cari ilmu tentang personaliti manusia, watak-watak yang dekat dengan kita.
- yg mana toksik, kita jauhkan diri.
- belajar untuk bertolak ansur, bertimbang rasa dan memahami orang lain.
3. kenali orang di tempat kerja, di sekeliling kita.
- kita perlu hidup berjemaah. jgn cepat menghukum.
- yg ada gejala/tanda, bertanya dan mendengar dulu.
- belajar untuk mendengar.
- mendengar utk faham, bukan memberi solusi.
4. setiap orang akan diuji. kehidupan sentiasa berubah. spt roda, kejap di atas sekejap di bawah.
5. berdiam diri lebih baik dari byk bercakap, sebagai satu bentuk pertolongan.
Stigma adalah cara seseorang nak protect dirinya dari perkara yg tak pasti. perlu kenal mengenali.
Analogi botol sanitizer:
spt seorang yang bermasalah kesihatan mental.
sanitizer berguna bila ada isinya.
bila kosong tidak berguna, dibuang saja.
sepatutnya tolong refill supaya boleh diguna semula.
Motto:
I am here to listen and to give.
Comments
Post a Comment