Posts

Showing posts from 2023

Renungan untuk diri

 Baca la..sedih Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat 5A UPSR... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.. Dulu saya dapat 8A dalam PMR... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat  Indonesia.... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya.. Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya... "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk

Solat itu perintah Allah

Image
Solat tidak boleh tidak Tak kira di mana Walau apa keadaan Yang pertama akan dihisab Yang mula-mula diambilkira Usah berlengah Perbaiki solatmu .

Semarakkan Al-Quran

Image
  (copy and paste) Bila iman kita turun, macam mana nak naikkan? Kata Ustaz Abdul Muein, ulama berikan kaedah iaitu iman naik dengan amal soleh dan iman turun dengan maksiat.  Maknanya bila kita buat maksiat, automatik iman akan turun.  Jadi kalau nak naikkan iman kita balik, kena buat amal soleh. Tapi iman kita dah lemah, macam mana nak buat amal soleh? Okey, langkah yang seterusnya Allah berfirman, إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. [Surah al-Anfaal 8: 2] Allah kata, sifat orang yang beriman ini, bila disebut nama Allah bergetar hatinya. Dan bila dibacakan ayat-ayat Allah imannya bertambah. Daripada ayat ini, Allah tunjukkan car

Pepohon di syurga

Image
Indahnya suasana syurga Dipenuhi pohon-pohon Antara yang disebut Bidara Pisang Jom kenali pohon-pohon ini . . .

Tipudaya syaitan

Image
Tidak ada hentinya Musuhmu yang nyata Hingga ketika Kamu mahu membaca al-Quran Oleh itu berlindunglah Kepada Allah Di saat ingin membaca kalam Allah Dengan mendahului Au'zubillah . .

Keutamaan hidup

Image
. Sudah ada SOP untuk sekelian manusia Semuanya di dalam kitab yang benar . Sabar Solat Tasbih/pujilah Allah di waktu malam di subuh hari . .

Pertemuan di alam akhirat sekeluarga

Image
. Dikumpulkan bersama Bertemu semula Dengan ahli keluargamu . .

Perihal rekod kehidupanmu

Image
Para pencatat kitab Amalan dan dosa Berada lebih dekat dari urat lehermu Setiap makhluk ciptaanNya Allah yang Maha Mengetahui Apa yang kau zahirkan Dan apa yang berbisik Di dalam hatimu . .

Perihal syaitan berlepas diri

Image
Alahai Mudahnya ia melepaskan diri Tidak perlu bertanggungjawab Tanggung dan jawablah sendiri . . .

9 luka batin yang tidak dirawat

Dari Prof Muhaya Channel Rujukan: 9 luka batin 9 tanda luka batin yang tidak dirawat. 90% manusia ada penyakit ini: saya tak cukup bagus. saya tak cukup disayangi. pengalaman harian dgn orang2 sekeliling akan menyerap masuk ke dalam minda segar. tak dirawat. tak sedar ada luka batin. tak pernah ambil berat. luka batin menghasilkan trauma dalam diri. sesuatu keburukan yang berlaku kepada kita. cth. kehilangan orang tersayang, dikecewakan. bila kita tahu penyakit apa, kita boleh mencari ubat. tak jadi nak marah, tak menghukum. tanyakan soalan: apa jadi pada awak? VS  kenapa awak jadi macam ni? tiada orang yg tak baik, cuma yg gembira dan tak gembira. bila ada gembira, beri gembira dan dapat pula gembira. "saya ok". tapi disorok/simpan di dalam jiwa. yang kata ok tu, sebenarnya tak ok. LUKA BATIN YANG TIDAK DIRAWAT: 1. tidak suka kpd perubahan, kebaikan atau positif. - yg sukanya bergosip. yang buruk2, memburukkan 2. semua perkara mesti dirancang ikut caranya. - tak fleksibel. -

Perihal Qarin

Image
Ada caranya menghalang Syaitan pelbagai peranannya Untuk menghasut dan menyesatkan Dekatkan diri Dengan kitab yang mulia .

Sebaik-baik Pentadbir

Image
. . . Surah Asy-Syuura Ayat 12 Surah Asy-Syuura Ayat 19 Surah Asy-Syuura Ayat 27

Alam semesta kurniaan Allah

Image
. . Aturan Allah Kurniaan Allah Kepada makhlukNya Siang untuk bekerja Malam untuk berehat .

Hakikat diri kita

Image
Yang nak dibawa pulang ke akhirat itu, tak perlu mahal. Kain putih sikit.. Kapas sikit.. Wangi-wangian sikit.. Kalau susah nak dapatkan 'perfume', cuma carik-carikkan daun pandan.. Dapatlah wangi sekejap tubuh kita. Kayu papan pun, perlukan sikit.. Dapatlah 'lindung' jasad kita sebelum 'ditutup' dengan tanah. Mereka yang hadir menziarahi jenazah kita.. Ada yang menangis sekejap. Ada yang saling bercerita kita mati sebab apa. Ada yang saling berkenalan sesama mereka. "Dari mana?" "Saudara ke?" "Kawan?" "Kerja apa?" Selesai kita dikebumikan.. Yang bersembang, akan terus bersembang. Yang berkumpul, ada juga yang akan buka topik baru untuk teruskan lagi sembang. Kita? Tinggallah jasad kita sendirian di bawah tanah. Ruh sudah terpisah dengan alam dunia. Nampak macam dekat. Atas tanah, mereka yang masih hidup. Bawah tanah, kita yang telah tinggalkan alam dunia. Dekat, tapi jauh. Sudah ada 'pembeza'. Kerana, barzakh itu s

IKIM.FM - Hentikan stigma kesihatan mental

Image
TOPIK PAGI | Hentikan Stigma Kesihatan Mental @IKIM.FM Rujukan: link ke u-tube sudah ada peningkatan kesedaran ttg kesihatan mental topik, isu dan keluarkan pejuang2 kesihatan mental. stigma masih lagi berleluasa. eg miskin bandar, cerok kampung. - perkhidmatan kesihatan mental, maklumat tak sampai. - masih banyak perlu dilakukan utk orang ramai. stigma: kalau hidup dengan penyakit mental, kita takkan sembuh. sebenarnya - kita boleh hidup dgn penyakit mental, boleh sembuh. definisi sembuh = adalah terus hidup kalau tak makan ubat, - merbahayakan, - mencederakan diri sendiri, - gila. bagaimana hidup dgn penyakit mental dan how to handle: kemudahan education pengangkutan perumahan tanda2 ketara ada isu kesihatan mental: - perubahan tingkahlaku - perubahan pemikiran cth. dari periang jadi pendiam Q - pelajar baru masuk Uni. ada yg sekian lam sudah ada masalah kesihatan mental tak diagnos sbb tinggal di rumah. kaunselor di uni jumpa semua pelajar baru untuk beri kesedaran. A - tabik spring

Tolak kejahatan dengan baik

 TOLAK KEJAHATAN DENGAN BAIK 1. Jangan jadi Tuhan dengan sentiasa mempersoalkan keikhlasan pada kebaikan yang dibuat oleh orang lain. Dan jangan jadi syaitan yang sentiasa mencari dan menyebarkan kejahatan orang lain.  2. Paling penting, jangan buat kerja syaitan atas nama Tuhan. Pada kebaikan orang lain, doakan keikhlasannya. Namun, jika tidak mampu berbuat begitu, diam adalah lebih baik.  3. Jangan hasad, usah iri hati. Gembiralah atas kebaikan walaupun bukan tangan kita yang melakukannya. Pada kejahatan orang lain, jika sudah terbukti, cegahlah, namun pastikan berpandukan adab dan syariat.  4. Jika masih samar, jangan sebar. Usah mengintip-ngintip. Tabayyunlah terlebih dahulu. Jangan jadi Tuhan dan jangan jadi syaitan. Tapi jadilah hamba Allah yang sentiasa meraih kebaikan. 5. Firman Allah: "Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila kamu berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seo

Mintalah yang terbaik

Image
"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,  dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" Surah Al-Baqarah ayat 216 Agak popular ayat ni. Asalnya ayat ini tentang keperluan pergi berperang. Secara fitrahnya, manusia tidak suka berperang. Namun sebenarnya ada kebaikan dari berperang itu, kerana dengan peranglah agama Islam tersebar. Dalam kehidupan hari ini, bagaimana aplikasi kita? Bila berdoa, mintalah yang terbaik untuk diri sendiri, sesuai dengan keadaan diri. Kerana apa yang Allah beri itu pastilah yang terbaik untuk diri. Baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk diri sendiri. Begitu juga sebaliknya.

Perihal rahmat Allah

Image
Jangan putus asa Dengan rahmat Allah Kerana Dia tahu Makhluknya lemah Ada saja salah dan silap Ada yang melampaui batas Namun sekiranya Kamu kembali Menyedari kesalahan diri Dia sentiasa menunggu Maha Pengampun Maha Mengasihani . .

Perihal tidur

Image
Tatkala kamu terjaga dari tidur Fahamilah bahawa Kamu dihidupkan semula Untuk teruskan perjalananmu Di dunia ini . Ada bezanya dengan Orang yang kembali kepada Allah Di dalam tidurnya Tidak kembali lagi ke dunia ini . Semua itu amat mudah bagi Allah Yang Menguasai Segala-galnya .

Perihal sombong

Image
Kerana kejadiannya Kerana merasa lebih bagus Dari api berbanding tanah Iblis menjadi sombong Satu sifat yang membezakan Darjat makhluk di sisi Allah

Jangan melampaui batas

Image
. Resam manusia Semasa susah, merayu-rayu Minta dilepaskan dari kesusahan Adapun sesudah hajat itu dikabulkan Terus lupa . .

Contoh doa ahli syurga

Image
. Ada susunannya Ada aturannya Ada adabnya Penuh dengan puji-pujian  Untuk Sang Pencipta Yang suci dari segala kekurangan . .

Perihal syaitan yang direjam

Image
. Begitulah kejadian langit Dihiasi bintang-bintang Dan segala isinya Menjadi satu keindahan Dari penglihatan penduduk bumi Namun dalam keindahan itu Masih ada makhluk yang Cuba mengintai dan memasang telinga Yang dibalas dengan rejaman api Dari setiap dsudut Begitulah... Maha Suci Allah yang memelihara Kesejahteraan langit . . .

Untuk apa manusia dan jin dicipta?

Image
. Renungkanlah... Adakah tujuan hidup kita untuk mencari rezeki? Berapa ramai yang abaikan Pemberi Rezeki? Berapa ramai yang mengutamakan rezeki melebihi dari Pemberi Rezeki? Mari betulkan keutamaan hidup ini Perhatikan ayat-ayat ini Berturut-turut ayat 56, 57 dan 58 . Sedangkan Maha Pemberi Rezeki Sudah menjamin rezekimu Sudah menanti Sudah ditentukan Sejak di Loh Mahfuz . Malunya... Di mana prioriti kita? Fahami erti tujuan hidup kita Untuk menyembah, menghambakan diri, beribadat Kepada Yang Maha Esa .

Yang Maha Perkasa

Image
. Siapakah yang mencipta dan mentadbir? Segala isi alam ini Langit dan bumi ini Walaupun sebesar debu Tiada daya dan kuasa Tanpa Sang Pencipta .

Perihal rezeki

Image
. Pemberi rezekimu Bukan hanya memewahkan Malah Dia jugalah Boleh menyempitkan Sebaik-baik amalan Adalah sedekah .

Perihal rahmat dari Allah

Image
. Sifat pemurahnya Tidak kira apa jua jenisnya Terbuka segala jenis rahmatNya Tiada istilah "salah alamat" . Sekiranya Allah memberi Tiada yang dapat menahannya . Sekiranya Allah menahan Tiada yang dapat melepasinya . Segalanya dalam takbir Allah .

Belajarlah merasa cukup

Image
Tadabbur Centre, [Aug 29, 2023 at 12:01 PM] Ilmu yang Sentiasa Tidak Cukup فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا  Maksudnya: Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (Taha, 20:114) Tadabbur Ayat: Kita digalakkan untuk rasa “cukup” dengan segala apa yang kita ada. Kerana Allah sudah memberikan yang terbaik untuk kita. Tapi, tahu tak? Melalui ayat ini, kita akan dapati bahwa kita perlu rasa “tak cukup” dalam satu perkara sahaja, iaitu ilmu pengetahuan. Kita perlu sentiasa meminta dan berdoa kepada-Nya agar ditambah ilmu kedalam dalam dada kita. Dengan ilmu, kita akan lebih yakin dengan agama yang kita anuti, iaitu Islam. Namun, sudah semes

CIRI-CIRI ORANG YANG BERIMAN

Image
  MashaAllah! Jadilah orang yang beriman Formula sudah Allah berikan Di sini... Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam,  dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman,  dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat,  dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar,  dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar,  dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah,  dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa,  dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya,  dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,  Alla

Hidup adalah ujian

Image
. . *_Saudaraku._* *_Apabila menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian, yakinlah Allah tidak akan mengenakan ujian melebihi kemampuan hamba-hamba-Nya. Sentiasa berfikir secara positif dan menjalani hidup anda dengan berusaha mengikut kemampuan anda, kemudian tinggalkan hasilnya sepenuhnya kepada Allah swt ._* *_Banyaklah berzikir, Istighfar dan taubat. Bertahajud dan witir..... Masyaallah... semoga kita terus diberi hidayah dan pertunjuk dari  Nya. Maafkan saya doakan saya._* .

Pesanan Luqman penuh hikmah

Image
Nasihat Luqman Kepada anaknya yang dikasihi Pesanan paling utama * Bersyukur ekpada Allah * jangan mempersekutukan Allah. * berbuat baik kepada ibubapamu * setiap perbuatan walau sebesar zarah, pasti akan diberi balasan * kerjakanlah solat dan suruhlah berbuat baik. * cegah kemungkaran * bersabar terhadap apa yang menimpamu * jangan memandang rendah sesama manusia * jangan berlagak sombong dan membangga diri * sederhanakan langkahmu ketika berjalan di bumi Allah. Pertama-tamanya Tingkatkan kesyukuran Atas segala pemberian Allah padamu Tetap teguh dan berada  Di atas landasan yang lurus Jangan ada... Keakuan Keegoan Kehebatan .

Fitrah manusia mahu bertuhan

Image
. Pemergian Sinead O Connors Seorang Irish Muslimah Kembali Islam pada tahun 2018 Berbetulan dengan ayat ini Hidayah yang tiba Membuka matanya Inilah agama yang dicarinya selama ini Kerana sudah fitrah manusia itu Mahu bertuhankan Pada Yang Satu MashaAllah Moga syurga tempatnya . .

Manusia menzalimi diri sendiri

Image
. Kerosakan di dunia Akibat tangan manusia sendiri Menzalimi diri Allah tidak rugi apa pun . .

Ganjaran tertinggi

Image
Beriman. Amal soleh. Sabar. Tawakal. Balasan syurga menanti. .

Pengakhiran kehidupan

Image
. Akhirnya sebuah duniawi Sudah tertulis Setelah ikhlas ibadat kepada Allah Sebelum kamu dikembalikan .

Solusi kehidupan

Image
Al-quran menyucikan jiwa Solat mencegah kemungkaran . .

Sepertinya sarang labah-labah

Image
Sepertinya sarang labah-labah Satu analogi yang mudah Untuk kita berfikir Di manakah tempat pergantungan kita? Teguhkah tempat perlindungan itu? .

Persiapan Untuk Perang Besar 2024

Rujukan: Persiapan 2024 Persiapan Untuk Perang Besar - Syeikh Imran Hossein 99% yang pergi berperang, akan mati. Apa yang perlu dipersiapkan? Dari setiap aspek - mental, fizikal dan spiritual. @2:15 - #1. BUANG RASA TAKUT UNTUK MATI. Kalau kamu takut mati, dan mencari tempat menyorok semasa perang, bermakna kamu bukanlah seorang yang beriman. Perlu terus berjuang untuk mempertahankan Islam. @4:00 - #2. BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN DAN AMALKAN ISINYA. Al-quran sebagai pelindung. Baca al-quran sekerap mungkin, sekurang-kurangnya di waktu pagi dan petang. Masa terbaik untuk membaca al-quran adalah waktu pagi. Cuba khatam sebulan sekali. @6:20 - #3. CARI PEMIMPIN ISLAM YANG SEBENAR. Cari pemimpin Islam yang berintegriti, jujur yang membantu dalam persiapna untuk peperangan ini. @7:30 - #4. SEDIAKAN KEPERLUAN SEMASA PERANG. Siapkan barangan seperti baju, selimut, air, kayu api. Pindah ke kawasan luarbandar, kehidupan minimal. Siapakah yang paling terkesan oleh peperangan? Sudah tentu - wanita

Menjaga lisan

Image
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Muslim Yang Utama عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia. 2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut. 3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan,  fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain. 4.  Individu yang paling utama di sisi Allah adalah mereka yang sentiasa dirasai kebaikannya serta tidak

Perihal ahli neraka

Image
. Jadikanlah neraka Satu peringatan . Di sana Betapa siksanya Betapa hinanya . Gigit tangan sendiri Diheret dengan  Muka di bawah, kaki di atas Sungguh menyakitkan . Surah al furqan ayat 27 . Surah al furqan Ayat 34 .

Rahmat Allah amat luas

Image
. Apapun pintamu Apapun duniawi atau ukhrawi . Keampunan dariNya dan RahmatNya Juga yang pasti kau harapkan . Surah al-mukminun ayat 118 .

Seluruh makhluk bertasbih

Image
. Sekelian makhluk Yang ada di langit dan di bumi Memuji Allah Mengagungkan Allah Mengangkat Allah Membesarkan Allah . Kita manusia adalah makhluk juga Tiada siapa lagi yang layak kita puji Selain dari Allah yang Maha Berkuasa Mengapa manusia mudah lupa? . surah An-Nur ayat 41-42 .

Urusan dunia yang melalaikan

Image
. Bermegah-megah Soal harta benda Anak pinak Ramainya follower (pengikut) Pangkat Kemuliaan . Benarlah ini nikmat dunia Namun jangan terpedaya Hingga melalaikanmu  Dari urusan akhiratmu . .

Buatlah ikut kemampuan

Image
. Allah menjamin Tidak diberatkan Usahamu kecuali  Apa yang mampu Ikutlah kemampuanmu Allah Maha Tahu . . .

Perihal timbangan amal

Image
. Satu perbandingan Satu hukuman Hasil dari perkiraan neraca timbangan Setiap amalanmu Bakal dipersembahkan Seadil-adilnya Mana mungkin dinafikan Pasti semuanya benar belaka Ketika amalan itu dicatat  Oleh Sang Pencatat  Di kiri dan kananmu . Kalau berat timbangan amalmu Maka itulah orang berjaya Surah A-Mukminun ayat 102-103

Ciptaan percuma

Image
Tuhan tidak Menciptakan manusia Secara percuma . Ada sebabnya Ada tujuannya Sedarilah tentang kewujudan manusia Akan dikembalikan Kepada Sang Pencipta . . .

Meminta kecukupan

Image
ZIKIR AGAR DICUKUPKAN KEPERLUAN DUNIA & AKHIRAT Allah SWT Berfirman, didalam " Surah At Taubah ayat : 129 " : - حَسْبِيَ الله لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرشِ الْعَظِيمِ.؛(١٢٩) ".. Hasbiyallahu la ilaha illa huwa alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-arsyil-azhim." ".. Cukuplah hanya Allah sebagai Tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Dia, kepada-Nya lah aku bertawakal, dan Dia-lah Tuhan pemiliki Arsy yang agung.” (QS, At Taubah, ayat : 129) Abu Darda Radhiyallahu Anhu, yang meriwayatkan hadits ini mengatakan, “Dibaca sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan segala kepentingannya.” (HR. Abu Daud, no : 5081، Sahih) AAMIIN... semoga bermanfaat...

10 hari awal Zulhijjah

Assalamuaaikum semua. Utk di kongsi bersama. Ceramah FB Dtk Ustazah  Fatma Zahrah pd  hari Jumaat 16hb Jun 2023 ---- 10 days challenge utk diri sendiri & semua. ---- Amat disarankan agar kita mengambil peluang 10 hari istimewa ini utk beriktikaf di rumah. To do list dari 1 hingga 10 Zulhijjah utk yg tidak melaksanakan Ibadah Haji thn ini. 1. TAUBAT Solat Taubat atas segala kesalahan. Allah suka pd org yg bertaubat & Suci. 2. TASOLUH (Saling memperbaiki diri)  Pastikan tiada perasaan marah, kecil hati dgn sesiapa shj. P/S : Tak halal org Islam yg tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari = Lawan nafsu. 3. PULANG KAN HAK ORG - Jgn jadi zalim. Allah akan sentiasa kabulkan hak2 org yg teraniaya. Jika kita ada lakukan perkara yg tak betul, mohon maaf. 4.BERBUAT BAIK PD IBU BAPA Jgn membuat ibubapa terasa dgn perlakuan kita, sentiasa bersikap  rendah diri, hormat, kasih, berbicara manis dan tidak meninggikan suara pd mereka.  Ada segelintir ibu bapa yg tidak begitu baik akhlak tetapi sbg

Perihal neraca timbangan

Image
. Neraca yang adil Walau kecil sebesar zarah Pasti akan diambilkira Tiada yang teraniaya Oleh Yang Maha Menghitung . .

Merasai mati

Image
. Tiada daya upaya Sebagai hamba yang lemah Terima setiap ketentuan Yang telah tertulis .