Posts

Semuanya adalah hamba

Image
. Hebatnya Allah Besarnya Allah Segala puji hanya bagi Allah . Usah mendabik dada Usah merasa kebal Usah menjunjung diri Semua yang ada Akan kembali kepadaNya Sebagai hamba .

TARBIAH RAMADHAN

Image
 RAMADHAN SEBAGAI TEMPOH LATIHAN Puasa adalah latihan untuk menjadi orang bertakwa. Sebenarnya puasa itu adalah satu proses latihan untuk manusia menjadi orang yang bertakwa selepas Ramadhan. Bila proses latihan seminggu tak cukup. Kalau 60 hari latihan, terasa berat pula. Latihan tak boleh terlalu pendek, tak boleh terlalu panjang juga. Latihan macam mana? Puasa bermaksud menahan diri. Latihan yang perlu dilakukan adalah berhenti buat perkara haram sepanjang masa dengan cara berhenti buat perkara halal. Kita katakan "menahan diri", unsur yang mana di dalam diri kita? Unsur yang ada di dalam diri kita adalah NAFSU. Nafsu sifatnya sentiasa mengajak kepada kejahatan/keburukan. "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." AlQuran - Surah...

Doa hari Jumaat

Image
 DOA PAGI JUMAAT 20 ZULKAEDAH 1444H                                  اعوذ بالله من الشيطان الرجيم.. بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين.. سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم.. ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم. رب زدنا علما وارزقنافهما                             Ya Allah Ya Rahman... Ya Raohiim.... Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya yaa Allah ,,, Berikanlah kesembuhan untuknya ,,, Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan ,,, Ya Allah Yaa Razzaq Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah ,,, Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki ,,, Ya Allah Yaa Qawwiy Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam...

Jumaat hari berselawat

Image
 Sabda Rasulullah ﷺ: إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي “Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” (HR Abu Daud)

3 PERKARA YANG TIDAK BOLEH MALAS DIFIKIR

Image
Susulan dari topik terdahulu berkenaan MEMAHAMI KEMALASAN , kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang kenapa kita perlu jauhkan diri dari sifat malas ini. Orang lelaki (di dalam alQuran) sebagai ketua keluarga disebut RIJAL. Dalam sebuah rumahtangga, suami perlu punya sifat RIJAL. Suami adalah pemimpin dalam rumahtangga. Kalau belum, maka perlulah ibubapa menekankan perlunya membentuk sifat RIJAL ini sedari anak kecil. . Sedikit flashback; Tanda awal sifat malas adalah malas berfikir. Bila malas berfikir, jadi malas fizikal, malas bertindak. Akibatnya, tiada satu perkara pun yang terlaksana dalam hidup. Adakah selamanya mahu mendatar tanpa mencapai tujuan hidup? Tertunaikah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini? TIDAK BOLEH MALAS BERFIKIR Ada 3 perkara yang kita tidak boleh malas berfikir. Mesti fikirkan apa yang patut kita lakukan seterusnya. Manusia dijadikan dengan akal yang sempurna. Itulah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. #1. TANGGUNGJAWAB Janga...

MEMAHAMI KEMALASAN

Image
Tajuk "Memahami kemalasan" ini adalah ulasan semula dari slot "Pesona D Zahra" di ikim.fm. PENGENALAN TENTANG KEMALASAN Ada malas dalam bentuk emosi disebabkan faktor kemanusiaan. Ada malas dalam bentuk tabiat, apabila tindakan dilakukan berulang-ulang, akhirnya menjadi tabiat. Malas menjadi masalah apabila sudah menjadi tabiat hingga kerja tak siap terutama bila melibatkan orang lain. Dalam Islam, ada doa yang boleh kita amalkan memohon dihindari dari sifat malas ini. Dalam kajian di Barat, 60% orang adalah malas. Ramai yang suka nak mengelak dan beri alasan untuk memudahkan diri sendiri. Cari kawan-kawanpun, jenis malas juga. MALAS BERFIKIR Kemalasan bermula dgn malas berfikir. Malas berfikir sehinggakan nak buat keputusan yang mudah pun malas. cth.  isteri - bang, nak makan apa hari ni? suami - apa2 lah! . Dalam al-Quran banyak Allah sebut tentang malas berfikir ini. "apakah kamu tidak berfikir?" "apakah kamu tidak perhatikan?" Tujuannya supay...

Menghadapi urusan hidup

Image
Dalam urusan hidup di dunia ini,  ada perkara yang boleh kita jelaskan dengan kekuatan akal dan  ada yang perlu kita terima dengan kekuatan iman.  Jika kita nak selesai semua cabaran hanya dengan kekuatan akal, ini menunjukkan bahawa diri kita amat jauh daripada Allah.  Insan insan yang dekat dengan Allah akan tenang aje jika akal tak mampu nak jelaskan sebab jauh lebih tinggi dari akal adalah iman, yakin dengan kebesaran Allah dan insaf siapa diri kita di sisi Allah.