Mencapai jiwa yang tenang
Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 219
Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh aqabah ( pendakian) ini di sepanjang jalan seorang hamba menuju keredhaan Allah SWT :
1) Aqabah ilmu dan Makrifat
Untuk menjalani jalan ibadah, seorang hamba wajib berbekalkan dengan ilmu-ilmu berikut :
a. Usuluddin iaitu Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul. b. Feqah iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta. c. Tasauf iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati.
2) Aqabah Taubat
Membersihkan jiwa daripada segala dosa melalui jalan taubat. Disa yang sering merisakkan jiwa :
a. Dosa kepada Allah: Disebabkan meninggalkan yang wajib dan mengerjakan yang haram
b. Dosa pada makhluk
Manusia sering menganiaya dan menzalimi diri mereka, harta,ahli keluarga bahkan juga agama mereka sendiri.
Rukun taubat :
a. Menyesal daripada segala perbuatan maksiat dan mungkar.
b. Berazam untuk tidak mengulanginya.
c. Menunaikan semula segala kefarduan yang ditinggalkan.
d. Memohon keampunan dan kemaafan kepada semua pihak yang pernah dizalimi.
3) Aqabah Penghalang Ibadah
a. Dunia , dihadapi dengan zuhud. b. Manusia, hendaklah beruzlah daripada manusia yang merosakkan. c. Syaitan hendaklah diperangi. d. Nafsu , mestilahdikekang dengan takwa kepada Allah.
4) Aqabah Perintang Ibadah
a. Rezeki , maka hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah b. Khawathir ertinya lintasan-lintasan hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah c. Qadha' ketentuan Allah, hendaklah redha. d. Bala' ujian Allah, maka hendaklah sabar.
5) Aqabah Pembangkit Ibadah
Khauf ( takut pada Allah ) dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja' ( harap kepada Allah) dengan menginginkan nikmatNya di dalam syurga
6) Aqabah Pencacat Ibadah
Riya' dihadapi melalui ikhlas semata-mata kerana Allah
'Ujub dihadapi dengan ingat petunjuk Allah dan pertolongan Nya
7) Aqabah Puji dan Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepada mentaati Allah yang mengurniakannya.
( Ringkasan kitab Minhajul Abidin )
Justeru,... laluilah aqabah-aqabah ini sungguh-sungguh, bermujahadah tanpa rasa jemu dan malas, dan mohonlah pertolonganNya semoga jiwa jadi tenang ( muthmainnah ) ketika bertemuNya.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam surga-Ku.
Al Fajr : 27-30
ABi
Comments
Post a Comment