Hidup adalah ujian untuk hambaNya

Surah Al-Baqara, Verse 155:

 وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 

And We will most certainly try you with somewhat of fear and hunger and loss of property and lives and fruits; and give good news to the patient, (English - Shakir) via iQuran

Terjemahannya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:



Surah Al-Baqara, Verse 156:

 الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

Who, when a misfortune befalls them, say: Surely we are Allah's and to Him we shall surely return. (English - Shakir) via iQuran

Terjemahannya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Komen:

Memang sesungguhnya hidup adalah ujian yang tiada hentinya
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita diuji.

Kita memang layak diuji.
Kita hamba Allah yang menuruti perintah Sang Pencipta.
Kita hanya mampu usaha, ikhtiar seadanya.
Yang selebihnya, hanya Allah yang menentukan.

Selagi kita sedar dan ingat tentang Sang Pemberi ujian
Selagi itulah kita terpimpin
Selagi itulah bantuan akan dirasa dan dinikmati
Selagi kita kenal tentang Sang Pemberi ujian
Hati akan tenang
Walaupun apa saja yang datang bertandang
Pasti hati tidak gentar mengatasinya
Pasti
Itu janji Allah

Teringat pula kepada kata Dr Fadzilah Kamsah
Setiap ujian yang diberikan untuk kita
Pasti berakhir dengan kebaikan jua
Kerana Allah sayangkan hambaNya
Kerana Allah mahu hambaNya kembali dekat padaNya
Jadi sekiranya kita belum nampak kebaikan yang diharapkan
Bersabarlah
Teruskan usaha
Jangan berputus harap
Jangan menyalahkan sesiapa
Terus saja ikhtiar
Kerana Allah mahu melihat usaha kita
Kerana mahu meningkatkan darjat kita
Kerana mahu mengangkat kita
Ke tahap yang sepatutnya
Ayuh....jangan mengalah, jangan menyesal
Terus saja bertabah dan bersabar
Terus saja mencari solusi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2