Akhlak dalam berdakwah

Di dalam mendakwahi para sahabat, perkara yang mula2 Nabi s.a.w tune dan tekankan adalah Akhlak.

Jabir bin Samurah radiyallahu 'anhu pernah mendengar Nabi s.a.w berkata:
    " إِنَّ أَحْسَنَ النَّاسِ إِسْلَامًا، أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا " [مسند أحمد: صحيح]
    Sesungguhnya orang yang paling baik keislamannya adalah yang paling baik akhlaknya. [Musnad Ahmad: Sahih]

Juga terdapat hadis yg lain dari Jabir radiyallahu 'anhu kata Nabi s.a.w

    «إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا، وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالمُتَشَدِّقُونَ وَالمُتَفَيْهِقُونَ» [سنن الترمذي: صحيح]
    Sesungguhnya yang paling aku cintai dari kalian dan yang paling dekat tempatnya dariku di hari kiamat adalah yang paling mulia akhlaknya, dan yang paling aku benci dari kalian dan yan paling jauh tempatnya dariku di hari kiamat adalah yang banyak bicara, angkuh dalam berbicara, dan sombong. [Sunan Tirmidzi: Sahih]

Abu Hurairah radiyallahu 'anhu pernah mendengar Nabi s.a.w mengatakan
    لن تسعوا الناس بأموالكم ولكن يسعهم منكم بسط الوجه وحسن الخلق [مسند البزار: حسنه الألباني]
    Kalian tidak akan mampu memberi kepada semua orang dengan hartamu, akan tetapi kamu mampu memberi kepada semua orang dengan senyuman dan akhlak mulia. [Musnad Al-Bazzar: Hasan]

Hadis2 nak beritahu kita bahawa kesan SUNNAH yang akan diperlihat pada diri seseorang , apabila ia menyerapi di dalam jiwa seseorang muslim itu adalah perubahan sikap yang baik pada akhlaknya samada ia berupa peri lakunya , budi pekertinya, ucapan2nya, adabnya serta malu.

Maka muhasabah semula diri kita, check akhlak kita, bukan hanya setakat ibadah sahaja yg soheh tetapi akhlak juga soheh.

��IngatanBersama
������✨��✨

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2