Solat yang diterima

Kuliah Subuh - Ust.Rosmadi Ramli


1.Barang siapa yg.menunjukkan jalan menuntut ilmu,maka Allah mudahkn jalan untuknya ke syurga.

2.Solat khusyuk sukar dipraktikkan.Namun Nabi saw ada menunjukkn beberapa jalannya.

3.Kata ulama, persediaan sebelum solat juga adalah jalan ke arah khusyuk..Justru disunahkan azan,solat rawatib dll.

4.Ada orang solat tetapi Allah tak terima. Di antara punca solat tidak diterima adalah seperti dinyatakan di bawah.

5.Antaranya orang yg.tidak solat jemaah bila dengar azan. Maksudnya kata ulama azan dilaungkn tanpa pembesar suara.

6.Kata Nabi saw orang yg.tidak bayar zakat, maka solatnya tidak diterima.Ayat alQuran saling kembar solat n zakat.

7.Orang berzina juga tidak diterima solatnya jika tak bertaubat  kpd Allah swt kerana imannya sudah tiada

8.Solat juga ditolak bagi yg.makan riba.Orang kaya tindas simiskin dngan cara riba. Taubat  dan banyakkan sedeqah sebagai pembersih dosa riba.

9.Solat juga ditolak apabila mencuri.Konsep mencuri agak luas.Mengambil makanan berlebihan dlm suatu jamuan hingga hak orang lain dinafikan,itu juga seperti mencuri.

10.Minum n makan benda haram juga solatnya ditolak. Termasuk juga makanan haram drp sumber haram seperti drp. judi,rasuah dll.

11.Menjual benda yg.haram atau tak berfaedah,misalnya jual benda najis. Solatnya juga ditolak.

12.Hamba yg.lari drp tuannya. Boleh diiktibar kpd orang yg.tidak bertanggungjawab terhadap orang dibawahnya,misalnya anak isteri dll juga Allah tak terima solat.

13.Perempuan yg.bermasam muka n memarahi suaminya juga ditolak solatnya.

Catatan:
Hj.Mohd Yasin Hj.Sulaiman
Surau arRahmah sek.8
Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2