Redhalah dengan ujian Allah

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 216

Bila terkena kesusahan, bila rasa kesenangan. Itu semua ujian dariNya, dari Allah ta'ala...

Seorang hamba memang perlu merasai ujian-ujian ini supaya dia kembali kepada Penciptanya, supaya dia berdoa, supaya dia mengadu-ngadu pada Penciptanya, supaya dia dekat kepadaNya...

Bila diuji, ingat pada Dia maka ada pahala ganjaran dariNya...

Bila sabar dan redha, ada ganjaran yang lebih dariNya...

Bila istiqamah dalam keyakinan dan penyerahan hingga bertemu Dia, ada lagi ganjaran yang lebih besar dariNya...

Bila kembali kepadaNya, dalam keadaan muthmainnah tenang tenteram, Dia letakkan di syurga sebagai tanda rahmat kasih sayangNya...

Apa lagi yang dimahukan oleh seorang hamba...

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al Anbiya': 35)

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.(28) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, (29) masuklah ke dalam syurga-Ku.(30)
(Al Fajr: 27-30)

قال النبي صلى الله عليه وسلم: “عجباً لأمر المؤمن إن أمره كله خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن اصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له”

‎(رواه مسلم ، كتاب الزهد والرقائق باب: المؤمن أمره كله خير)

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

" Ajaib sungguh urusan orang beriman. Sesungguhnya urusannya semuanya baik. Ini tidak berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika kesenangan datang kepadanya, dia bersyukur, itu baik untuk nya. Jika kesusahan menimpanya, dia sabar, itu jua baik untuk nya".

HR Muslim

Allah SWT berfirman:

ارْجِعِيْۤ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! "

Al-Fajr: 28

Justeru, redhalah dengan ujianNya...

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2