Hikmah ke 99

Bismillahhirrahmanirrahim.

Penyampai:Sahibus Samahah Alfadhil Tuan Guru Dr Zulkifli Al Bakri

Kitab: Syarah Al Hikam
Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri)
Masa: Selepas Maghrib

Bab: Hikmah ke-99 (Apabila Allah SWT Telah Melepaskan dan Melancarkan Lidahmu untuk Meminta)

"Apabila Allah SWT Telah Melepaskan dan Melancarkan Lidahmu untuk Meminta (dan berdoa kepadaNya), maka Ketahuilah dengan Yakin bahawa Dia Mahu Memberi kepadamu (apa yang kamu pohon kepadaNya)" -Ibn 'Atha'illah-

Saydina Umar ibn Al Khatthab berkata bahawa sesungguhnya dia tak risau ttg penerimaan doa, akan tetapi dia susah hati jika sukar utk berdoa. Oleh itu jika diilhamkan doa, pasti akan diperkenankan oleh Allah SWT.

Sesiapa yg terpilih utk berdoa, pintu rahmat dan keampunan terbuka utk nya.
Permintaan yg disukai oleh Allah ialah ampun dan maaf kpd Nya.

5 perkara yg tak akan terhalang:-
1⃣Org yg berSyukur tak akan terhalang dpd bertambah nikmat (Ibrahim ayat 7)
2⃣Org yg Sabar tak akan terhalang dpd mendapat pahala (Az Zumar 10)
3⃣Org yg berTaubat tak akan terhalang dpd penerimaan taubatnya (As Shura 25)
4⃣Org yg berIstighfar tak akan terhalang dpd diampun (Nuh 10)
5⃣Org yg berDoa tak akan terhalang dpd dimakbulkan (Ghafir 60)
6⃣TAMBAHAN: Org yg mengInfakkan harta ke jalan Allah tak akan terhalang dpd mendapat gantian (Saba 39) 


4 jenis org yg TIDAK AKAN BAHAGIA:-
1⃣Org kedekut
2⃣Org tak jawab seruan Muazzin (pg solat)
3⃣Org tak bantu dlm perkara baik.
4⃣Org tak doa utk dirinya dan Mukmin yg lain selepas solat. 


Abu Abdillah al Anthaki berkata Ubat hati ada 5 perkara:-
1⃣Berkumpul dgn org Soleh
2⃣Membaca dan mentadabbur AlQuran
3⃣Bersihkan perut dpd makanan haram
4⃣Solat Malam (qiamullail)
5⃣Zikir dan doa ketika subuh


Sayyid Quthub berkata bhw doa punyai adab dan caranya:-
1⃣Ikhlaskan hati kpd Allah
2⃣Menaruh sepenuh kepercayaan bhw Allah akan makbulkan doa
3⃣Tidak mencadangkan kpd Allah (doa mesti umum)
4⃣Tidak menentukan masa dan tempat
5⃣Beriktikad bhw keinginan berdoa adalah taufik dpd Allah manakala penerimaan doa adalah satu limpah kurnia dpd Allah


Syeikh Al Buthi berkata bhw seseorang tak berdoa kerana 2 perkara:-
1⃣Ingkar kpd Allah, ingkar ubudiyah Nya
2⃣Berasa kaya  dan tak berhajat kpd Allah krn rasa selamat dpd ujian dan musibah


🔅Baca dgn niat yg ikhlas, moga Allah bantu memahami perkongsian ini, lalu cuba utk beramal dan sampaikan kpd yg lain.

Allahu a'lam

Petikan: Edaran WA.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2