3 perkara indah di dunia

*��Seindah Tazkirah��*

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصبه وسلم

��Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassallam bersabda: *"Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:*
1⃣Wangi-wangian/bau-bauan yang harum
2⃣Isteri/perempuan yang solehah
3⃣Ketenangan semasa solat

��Lalu Sayyidina Abu Bakar Radiyallahu 'Anhu mencelah:. *"Wahai Rasulullah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!:*
1⃣Melihat wajah Rasullullah
2⃣Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah
3⃣Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

��Kemudian Sayyidina Umar Radiyallahu 'Anhu pula berkata: *"Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini:*
1⃣Mencegah kemungkaran
2⃣Menyuruh kepada kebaikan
3⃣Berpakaian sederhana

��Selepas itu Sayyidina Uthman Radiyallahu 'Anhu pula berkata: *"Kamu benar Umar,aku turut mempunyai 3 kesukaan:*
1⃣Memberi makan orang yang lapar
2⃣Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian
3⃣Membaca Al-Quran

��Kini tiba pula giliran Sayyidina Ali Radiyallahu 'Anhu Karamullahu Wajha: *"Benar ya Uthman, aku juga mempunyai 3 kesukaan:*
1⃣Melayan tetamu
2⃣Berpuasa di musim panas
3⃣Berperang pada jalan Allah

��Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibril menyapa Rasulullah dan berkata:
*"Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu,Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!”*

��Lalu Rasullullah bertanya: *"Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?"*

��Malaikat Jibril menjawab:
1⃣Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat
2⃣Aku suka mendampingi orang yang beriman
3⃣Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

��Akhirnya Allah sendiri berFirman: *"Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hambaKu!”*

1⃣Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepadaKu
2⃣Orang yang sentiasa menangis kepadaKu
3⃣Orang yang apabila diuji, mereka bersabar

➡Ambillah iktibar dari kisah ini,semua kesukaan yang diceritakan di atas boleh kita pilih untuk menjadikannya amalan kita supaya kita tidak terus lalai dengan keseronokan dunia.

InshaaAllahu Ta'ala

PERKONGSIAN Tazkirah untuk kita semua :)

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2