Benih juga hitam

*BENIH JUGA HITAM*

Kisah benar di Amerika Syarikat. Ada seorang wanita kulit putih yang hendak melakukan perjalanan bersama seorang anaknya yg berusia 6 tahun. Mereka menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berkulit hitam.

Oleh kerana anaknya belum pernah melihat orang kulit hitam sebelum itu, maka hatinya sangat ketakutan dan bertanya kepada ibunya:

“Ibu, apakah orang ini bukan penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?”

Pemandu negro itu tersentak lalu berasa sangat sedih mendengarnya...

Saat itu pula, ibu berkata kepada anaknya:
“Tidak nakk... Pakcik ini bukan orang jahat, dia adalah orang yang sangat baik.”

Anaknya terdiam sejenak, lalu bertanya lagi:

“Kalau dia bukan orang jahat, lalu apakah dia pernah melakukan sesuatu yg hina sehingga kulitnya begitu hitam?”

Mendengar perkataan anak itu, mata pemandu negro itu berkaca2 menahan sebak, namun dia ingin juga tahu bagaimana wanita itu menjawab pertanyaan tersebut.

Ibu ini menjawab:

“Dia adalah lelaki yg sangat baik, juga tak pernah buat jahat. Bukankah bunga2 yang indah di kebun rumah kita ada yg berwarna merah, putih, kuning & warna lainnya?”

“Benar bu!”

“Bukankah keindahan bunga2 itu bermula dengan biji benihnya yg berwarna hitam?”

Anak ini berfikir sejenak, “Benar bu! Semuanya berwarna hitam.”

“Benih hitam itu yg memekarkan bunga2 berwarna-warni yang indah sehingga dunia menjadi penuh warna-warni juga, bukankah begitu anakku?”

“Benar bu!”

Anak ini seakan tiba2 tersedar dan berkata:

“Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat! Terima kasih pakcik! Pakcik telah membuat dunia menjadi penuh warna-warni, saya akan berdoa untuk pakcik.”

Anak ini lalu mulai kumat-kamit berdoa, lalu pemandu kulit hitam ini tidak dapat lagi menahan diri utk mengalirkan air mata.

Penjelasan yang bijak, mampu memberi kesan dan membuat pengertian yang mendalam.

Bijaksanakah kita dalam memberikan penjelasan2 terhadap orang2 yang ada di sekeliling kita.
Sehingga perkataan2 yg keluar dari mulut kita mampu menenangkan dan mendamaikan suasana, tak ada lagi saling curiga mencurigai.
Renungkanlah....
Semoga bermanafaat ��

*bagaimana kita harus menjaga lisan agar tidak menyakiti orang lain (termasuklah dalam status dan komen di media sosial)*
*kerana ramai insan yang masuk neraka asbab dari keburukan lisannya*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2