Bisikan Qarin

Mohd Fadzil:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Izzhar& Ustaz Mohd.Ali Sabri Abd.Rahman)
BISIKAN QARIN.
•••••••••••••••••••••••
Qarin adalah syaitan kafir yg dgn izin Allah sentiasa berada disepanjang hayat bersama kita sejak kita dilahirkan.
Ketika kita meninggal,qarin akan pergi entah ke mana.

BOLEHKAH USTAZ TERANGKAN BAGAIMANA QARIN MENJADI SAHABAT KITA?
Qarin ini pendamping kita dan qarin ini akan mengajak kita kepada kejahatan dan ada juga qarin akan mengajak kepada kebaikan.
Allah berfirman dan sesiapa yg tidak mengindahkan(tidak mengamalkan)Al~Quran kami akan jadikan qarin itu sebagai kesesatan kepadanya.
Ada juga pendapat Qarin itu ada juga dari malaikat(membawa kita kepada kebaikan) dan ada juga dari syaitan(membawa kepada kejahatan).

KETIKA KITA BERWUDUK DGN SEMPURNA AKAN ADA JUGA BISIKAN QARIN YG MENGWAS~WASKAN KITA DGN MENGATAKAN WUDUK ITU TIDAK SEMPURNA DAN KETIKA SOLAT JUGA QARIN AKAN MENGWAS~WASKAN KITA.

APAKAH MEROYAN ITU JUGA GANGGUAN QARIN?
Mungkin juga ada kaitan dgn qarin.

APAKAH QARIN INI ADA KAITAAN DGN SAKA?
Qarin adalah jin yg bersama dgn kita.
Saka pula adalah jin yg diambil dan ada perjanjian dgn seseorang.

APAKAH SEBAB² BERLAKUNYA BISIKAN QARIN?
Sebabnya berpunca dari diri kita sendiri.
Sebelum nak tidur apa yg kita fikirkan dan ketika itulah qarin akan berbisik.
Qarin tahu kelemahan diri kita dan ketika itulah qarin akan mengoda.
Syaitan akan lari ketika kita membaca Al~Quran tetapi qarin tetap kekal dalam badan kita.
Qarin tidak boleh dikeluarkan dari badan tetapi qarin boleh ditundukkan.

ADAKAH QARIN BOLEH MEMBISIKAN PADA TELINGA KITA MENGATAKAN SESUATU YG KITA NAK BUAT ITU BAIK ATAU TIDAK BAIK?
YA...kalau kita jenis tak baik...qarin akan membisikan sesuatu yg tak baik.

KENAPA ALLAH JADIKAN QARIN SEBAGAI PENDAMPING SETIAP MANUSIA?
Allah jadikan hidup kita ini sebagai ujian.
Allah nak uji adakah kita ikut yg baik atau yg jahat.

ADAKAH BENTENG SUPAYA QARIN TIDAK BOLEH KACAU KITA?
Boleh amalkan ayatul kursi dan 3qul.

BOLEHKAH JIN QARIN INI BOLEH MENGUASAI KITA?
Ya..qarin boleh menguasai kita dgn mempengaruhi kita dan akan menjadikan kita malas nak buat benda baik.
Dihadapan Allah nanti qarin akan berlepas tangan.

Syaitan ini membawa kepada kejahatan.
Qarin menyokong utk kita melakukan kejahatan.
Dgn kekuatan iman yg kuat,qarin akan susah nak kawal kita.
Tapi jika iman kita lemah,qarin akan mudah mengawal kita dan mengajak kepada kejahatan.

APAKAH CARA MERAWAT ORG YG KENA  RASUK?
Tidak boleh guna TANGKAL.
Kita boleh gunakan Al~Fatihah.
Sebagai pendinding baca Al~Fatihah,Ayatul kursi dan 3qul tidak perlu pakai tangkal.

IBU 77 TAHUN SERING MENGADU DENGAR BISIKAN,ADAKAH INI GANGGUAN QARIN?
Sampai tahap umur ini dia akan mengingat benda² yg lama.

KEMANAKAH PERGI QARIN SELEPAS KITA MENINGGAL?
Qarin akan menjadi pendamping manusia sehingga mati dan tidak tahu kemana perginya selepas manusia mati.
Hanya Allah yg maha mengetahui.

ADAKAH QARIN BOLEH MENGANGGU BAYI?
Bacakan Ayatul kursi dari kaki hingga kepala jika bayi kerap menangis.

ADAKAH ORG YG MALAS LAKUKAN IBADAH APAKAH INI DARI BISIKAN QARIN?
Ini bisikan yg samar...
Kita nak buat kebaikan tapi seolah~olah ada halangan lain.cth nak solat tapi akan ada berbisik ..nantilah dulu nak tengok tv dulu.

ADAKAH MELAMBATKAN SOLAT INI DARI BISIKAN QARIN?
Jika kita kuat iman kita akan boleh lawan bisikan itu dan tidak akan melambatkan solat.

ADAKAH QARIN UTK ORG ISLAM SAHAJA?
Qarin dalam badan Nabi sudah diislamkan.
Org kafir juga ada qarin.
Jika sudah masuk islam..qarin akan mengikut juga dan qarin ini kebanyakkan akan mengajak kepada kejahatan.

ADAKAH KANAK² YG BERKAWAN DGN QARIN?
Ya..ada kemungkinan qarin yg baik berkawan dgn kanak²...

ADAKAH NAFSU BAIK DAN JAHAT ADA KAITAN DGN QARIN?
Kita tidak boleh buang nafsu...
Nafsu yg jahat juga ada kaitan dgn qarin serta diperkuatkan lagi dgn hasutan syaitan.

#Astagfirullahalazim
#BiarTahuJanganKeliru

C&p

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2