Persediaan bulan puasa

PERKONGSIAN RAMADHAN 2: BAB BERBUKA PUASA

Di dalam bulan Ramadhan berbuka puasa itu adalah termasuk di dalam IBADAH, jesteru banyak hikmah dan PAHALA yang dihidangkan apabila mencontohi cara/kaifiyat berbuka puasa sebagaimana Nabi s.a.w berbuka.

ANTARA PERKARA PENTING YG DITEKANKAN DAN DISEBUT DI DALAM SOHEH BUKHORI & SOHEH MUSLIM TENTANG BERBUKA PUASA ADALAH "BERSEGERA BERBUKA" KERANA NABI S.A.W ADA MENJELASKAN BAHAWA SELAMA MANA SESEORANG ITU SENTIASA MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA MAKA ALLAH SWT AKAN MENURUNKAN RAHMATNYA UNTUK DIBERIKAN KEBAIKAN TERHADAP HAMBA2NYA YG MENYEGERAKAN BERBUKA.

Jadi di dalam persediaan menyegerakan berbuka puasa ini ada 2 elemen penting yang perlu kita ketahui iaitu:-

1) YANG PERTAMA: Standbykan diri kita agar 5 minit sebelom berbuka kita telah duduk bersedia dengan keadaan makan telah siap tersedia@terhidang untuk menunggu waktu berbuka dan disunnahkan agar kita memperbanyakkan DOA (doa2 yg bebas) kerana pada waktu sebelom waktu berbuka itu doa adalah mustajab. Disebut di dalam hadith , kata Nabi s.a.w "Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzholimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, shahih). Jadi Ketika sebelom berbuka itu adalah saat terkabulnya do’a kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri .

2) YANG KEDUA, TIDAK ADA DOA KHUSUS YANG SOHEH DARI HADIS KETIKA HENDAK MEMULAKAN MAKAN MELAINKAN DENGAN HANYA MEMBACA "BISMILLAH"(SOHEH BUKHORI).

DOA "Allahumma laka shumtu wa ‘ala rizqika afthartu...” @ doa lain yg perlbagai, maka ia TIDAK SOHEH KERANA TERDAPAT SEORANG PERAWI YG MERIWAYATKAN HADIS INI TIDAK MEMILIKI SIFAT PERAWI YG DIPERCAYAI.
Adapun ucapan setelah berbuka (iaitu setelah meneguk air) lalu membaca "Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah “Ertinya Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”
Hadis ini khilaf di dalam penentuan pemutusan sanad. Ada yang mengatakan hadis ini hasan dan ada yang mengatakan dhoif. Ia tidak dapat kesepakatan secara majority. NAMUN ia bukan lafadz doa khusus tetapi sekadar ucapan yang melahirkan rasa syukur setelah memulakan berbuka. Saya berlapang dada dgn kekhilafan ucapan ini maka barang siapa yang baca silakan dan tak baca pun tidak ada masalah.

3) Berbuka dengan kurma. Samada makan sahur atau ketika berbuka, maka makan kurma itu ada keberkahan. Ketika berbuka KEBIASAANNYA Nabi s.a.w memulakan makan dengan memakan kurma basah (rathob) dengan bilangan yang ganjil. Jika tidak ada kurma maka Nabi s.a.w akan memulakan dengan meminum air terlebih dahulu. Nabi s.a.w biasa minum dengan tiga nafas. Jika bekas minuman didekati ke mulut beliau, beliau menyebut nama Allah Ta’ala (Bismillah). Jika selesai satu nafas, beliau bertahmid (Alhamdulillah) .Beliau lakukan seperti ini tiga kali.” (Shahih, As Silsilah Ash Shohihah no. 1277)

4) Sesudah makan mengucapkan Alhamdulillah . Kata Nabi s.a.w “Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum” (HR. Muslim no. 2734) . Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Jika seseorang mencukupkan dengan bacaan “alhamdulillah” saja, maka itu sudah dikatakan menjalankan sunnah.”

5) JANGAN BERLEBIHAN2 DI DALAM BERBUKA

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup