Keutamaan berzikir

TeknikAsmaulHusna:
...وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"...Dan berzikirlah kepada Allah (ingatlah akan Allah) banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Jumu'ah 10]

#Orang yg sentiasa ingat Allah, akan berjaya di dunia dan di akhirat. Mengingati Allah hukumnya wajib. Pelbagai cara untuk mengingati Allah swt samada melalui solat, majlis ilmu, berzikir, beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil,  membaca al-Quran, berdoa dan seumpamanya.

#Rasulullah saw bersabda:

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Tidaklah sekelompok orang yang berzikir kepada Allah swt kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya"[HR Muslim]

#Dalam hadis yg lain Baginda saw bersabda lagi:

…وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Dan tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam satu rumah di antara rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitab Allah dan saling belajar diantara mereka, kecuali ketenangan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya” [HR Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainnya]

#Sabda Baginda saw lagi tentang orang duduk dlm majlis yg mengingati Allah umpama berada dlm taman2 syurga:

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

"Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya: ”Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab: "Halaqah-halaqah zikir" [HR at-Tirmizi]

#Org yang malas berzikir, lupa kpd Allah, melakukan maksiat, tidak bersama di dlm majlis2 ilmu, melanggar perintah dan amaran Allah, tergolong di kalangan mereka yg diperdaya oleh syaitan dan menyebabkan mereka rugi di dunia dan menyesal di akhirat. Firman Allah swt:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi"[Surah al-Mujadilah 19]

♡Semoga kita sentiasa mengingati Allah swt walau di mana berada. Sibukkan diri dgn kebaikan nescaya kita tiada waktu utk melakukan kemaksiatan dan agar tidak dikuasai syaitan♡

#TeknikAsmaulhusna

TeknikAsmaulHusna:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

"Dan sebutlah (berzikirlah) dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang" [Surah al-Insan 25]

#Tujuan berzikir ialah untuk menyucikan jiwa dan membersihkan hati serta membangunkan nurani. Kedudukan zikir ini bukan soal remeh temeh, sebaliknya amat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.

#Daripada Sayidina Muaz bin Jabal r.a, Nabi saw bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ عَمَلًا قَطُّ أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّه

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari azab Allah kecuali dengan berzikir kepada Allah swt"(HR Imam Ahmad)

#Berkata Said bin Jubair: "Setiap orang yang beramal kerana Allah demi mentaati perintah Allah, maka ia disebut zikir kepada Allah"

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: "Setiap kali seorang hamba mengucapkan La ilaha illallah dengan ikhlas, kan dibukakan baginya pintu-pintu langit hingga ia akan tembus ke arasy selama dosa-dosa besar dijauhinya" (HR at-Tirmizi. Hasan lagi gharib)

#Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Ucapan yang lebih disukai Allah ada empat, tidak mengapa kamu mulai dengan yang mana satu iaitu Subhanallah, Walhamdulillah, Wala ilaha illallah, Wallahu akbar"

#Imam Ibnu Solah ditanya mengenai sampai berapa jumlah seseorang itu dikatakan banyak berzikir?. Jawab Imam Ibnu Solah: "Ialah jika seseorang itu terus menerus menyebut zikir-zikir baik diwaktu siang mahupun malam, pagi atau petang, dalam waktu dan keadaan yang beraneka ragam"

*Beraneka ragam: Iaitu ketika berdiri, duduk, berbaring, didaratan, lautan, waktu mukim, musafir, ketika kaya, miskin, ketika sihat, sakit, secara sembunyi atau terang-terangan dan dalam segala keadaan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا * وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang" [Surah al-Ahzab 41-42]

♡Ingatlah Allah sentiasa, moga Allah sentiasa mengingati dan merahmati kehidupan kita dunia akhirat♡

❤️#TeknikAsmaulhusna❤️

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup