Mendapatkan pertolongan Allah

Motivasi Sentap:
Bagaimana kita nak faham dan capai pertolongan Allah yg dekat? kita kena lihat bagaimana kita beramal untuk mendekatkan diri dengan pemilik pertolongan yakni Allah Taala.

Hidup ini kena sentiasa rasakan diri ini hidup bertuhan. Sentiasa merasakan Tuhan dekat dengan kita. Rasa sentiasa dalam pandangan dan pengawasan Tuhan. Jiwa dan fikiran itu kena menjiwai dan hayatinya terlebih dahulu,.

Jika semata terasa diri hidup berseorangan tentu sekali hidup jadi gundah gulana, sesak dada, putus harapan dan cita.

Indahnya jiwa orang beriman, segala jatuh bangun, suka luka dan duka mereka sentiasa tersenyum indah, mara dengan tenang, mengorak dengan gagah, harapan yang sentiasa hidup dan segar.

#EVERYTHINGISKHOIR
#SAYYIDULAYYAM
#Sollualannabiy
#MAAFKANku

.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup