Jangan tinggalkan...
Motivasi Sentap:
Jangan meninggalkan amal kerana takut tidak ikhlas.Beramallah sambil meluruskan niat. Lebih baik daripada tidak beramal sama sekali.
Jangan meninggalkan zikir kerana ketidakhadiran hati. Kelalaianmu dari zikir lebih buruk daripada kelalaianmu saat berzikir.
Jangan meninggalkan tilawah kerana tak tahu maknanya. Ketidaktahuan makna dalam tilawah masih lebih baik daripada ketidakmauan membaca firmanNya.
Jangan meninggalkan dakwah kerana kecewa. Kesabaranmu bersama orang-orang soleh lebih baik daripada kesenanganmu bersama orang-orang yang fasik.
Jangan meninggalkan amanah kerana berat. Beratnya amanah yang ditanggung sebanding dengan beratnya timbangan amal yang akan kau dapatkan.
Jangan meninggalkan medan juang kerana terluka. Kematian di medan juang lebih baik daripada hidup dalam keterlenaan.
Jangan meninggalkan kesantunanmu kerana keadaan sekeliling atau dikasari. Santunmu saat dikasari hanya akan menambah kemuliaan dan mengundang simpati.
Jangan meninggalkan kesetiaan kerana dikhianati. Setia kepada janji selalu lebih baik daripada mengkhianati orang yang mengkhianati.
Jangan meninggalkan cinta kerana cemburu. Kecemburuan dalam cinta jauh lebih indah daripada kegersangan jiwa tanpa cinta.
Comments
Post a Comment