Bila tiba Ramadhan...

☪👳🏻☪👳🏻☪👳🏻☪👳🏻☪👳🏻☪
*______________________________________*
*7 Perkara Kebatinan Yang Kita Kena Buat Dalam Bulan Puasa Ini Untuk Dapat Keampunan Allah SWT*
*______________________________________*
☪👳🏻☪👳🏻☪👳🏻☪👳🏻☪👳🏻☪
______________________________________
*1) Puasa mata drpd benda2 yg haram.* Rasulullah bgtau, mata yg selamat ketika berjumpa Allah, adalah mata yg tidak melihat perkara haram, mata yg berjaga di jalan Allah dan mata yg menangis kerana Allah kerana takut kpd Allah.

Jangan jadikan mata kita mata yg selalu cari kesalahan orang lain. Sentiasa lihat kebaikan orang lain walaupun dia xberapa baik.

Tengok Quran utk dapatkan pahala, apatah lagi membaca Quran malah menangis kerana takut pada Allah. Kurangkan baca status Facebook, Whatsapp dan media2 sosial lain walaupun ianya perkara harus. ✅
______________________________________
*2) Mulut kita kena jaga* drpd mengumpat kata kat orang dan juga kata kat makanan walaupun jika makanan tu tak sedap. Walaupun kita nak sembang kosong pun, jika perkara itu tak dak faedah, tak perlu kita cakap. Dalam Islam, bercakap itu adalah perak,  diam adalah emas.

Gunakan mulut kita utk sebut bnyk2 kalimah Lailahaillallah dalam bulan Ramadhan dan doa keampunan drpd Allah. Begitu jugak doa mintak redha Allah.

Kalau kita jaga mulut drpd bercakap yg haram dan jugak kata2 sembang kosong, In Shaa Allah sudah pasti kita ada peluang utk berzikir dan baca Quran. ✅
______________________________________
*3) Jaga telinga kita drpd dengar perkara yg haram.* Jika ada orang nak cerita keburukan orang kpd kita, jauhkan diri drpd mendengar.

Jadikan telinga kita, telinga yg baik, iaitu telinga yg boleh dengar nasihat, dengar tazkirah, dengar bacaan Quran, dengar selawat dan lain2 perkara yg baik.

Jika ada Ustaz mai bg kuliah atau tazkirah, pi dengar. Kalau Ustaz kata kat kita smpi terasa,  besok kita mai dgr lagi. Kalau dok dlm kereta bukak radio, dengar lagu nasyid, teruskan dengar. Kalau dengar lagu hindustan suara perempuan, kita tutup buang radio. ✅
______________________________________
*4) Tahan anggota tubuh kita terutamanya perut drpd makanan yg syubhah apatah lagi makanan yg haram.* Sekurang-kurangnya kalau kita pi bazar Ramadhan, jgn beli makanan drpd org yg tak tutup aurat. Contohnya, drpd orang pompuan yg tak pakai tudung atau lelaki yg pakai seluar pendek.

Jangan pi beli makanan drpd pondan dan orang yg seangakatan dgn pondan. Begitu jugak dengan orang laki yg pakai gelang/rantai kerana Allah laknat orang2 sebegini. ✅
______________________________________
*5) Jangan banyak makan ketika berbuka puasa, walaupun makanan itu makanan yg halal.* Makan sikit adalah sunnah Nabi SAW. Perut kita ada 3 bahagian. 1/3 drpd perut adalah utk makanan, 1/3 adalah utk minuman, 1/3 adalah utk kita bernafas. Jika kita penuhkan semua portion ni dgn makanan dan minuman, badan akan jadi berat utk buat tarawikh.

Bukak puasa makan kurma dan minum air, lepas tu pi solat Maghrib jemaah. Lepas tu baru makan berat sikit sekadar hilang lapar. Lepas tu pi tarawikh. ✅
______________________________________
*6) Hendaklah hati kita berasa berharap kpd Allah* supaya Allah terima puasa dan amalan2 kita dan berasa takut jika Allah x terima puasa dan amalan2 kita.

Bangun waktu malam utk sekurang-kurangnya buat 2 rakaat solat Tahajjud dan mintak keampunan kpd Allah kerana pada waktu ni Allah tgu kita untuk berdoa mintak keampunan kpd Allah. Masa ini adalah _privileged time_ antara kita dengan Allah. Jadi, bnykkan berdoa dan yg penting, rahsiakan amalan kita. ✅
______________________________________
*7) Bagi makan bukak puasa kpd orang lain yg berpuasa*. Jika Allah bg pahala puasa kpd kita sebanyak 80, kemudian kita bg makan kpd orang lain yg pahala puasanya 100, maka tanpa mengurangkan pahala puasa org yg 100 tu, pahala kita dpt hari tu adalah 180. Allah photostat pahala org tu dan bagi kat kita. Jadi rebutlah pahala puasa ini. ✅
______________________________________
👳🏻-UMFSH 29 Sya'ban 1438H-👳🏻

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup