*Kekalkan Rasa Hamba* Kita kan hamba Tuhan, mengaku sahajalah yang kita ini hamba. Mengaku sahaja tidak cukup, rasa kehambaan itu kenalah kekalkan. Seperti kita kekalkan rasa kehambaan, rasa lemah, hina, merendah diri. Tidak sempurna, tidak ada kuasa, memerlukan bantuan dan pertolongan Tuhan. Rasa bertuhan, rasa dikuasai, diketahui, dilihat, didengar dan lain-lain lagi. Terimalah hakikat ini, jangan sombong dan membesarkan diri, memang kita hamba. Jangan pula mentang-mentang pandai rasa kehambaan hilang. Jangan pula mentang-mentang ada kuasa atau kaya, rasa bertuhan gersang. Di waktu itu kita rasa kita adalah segala-galanya, kita super power. Bala bencana datang menimpa, ujian-ujian menyusahkan kita, kejahatan orang timpa-menimpa. Mengapa tidak ditolak sahaja perkara yang negatif itu dengan kuasa yang ada, dengan kekayaan dan ilmu yang banyak? Sudah tentu kita tidak mampu menolaknya bukan? Itulah menunjukkan kita ini hamba Tuhan, lemah menolak perkara yang kita tidak suka....