Cara di mana hak engkau
*CARI DI MANA HAK ENGKAU*
Engkau mencari ilmu dengan akal yang Tuhan berikan.
Engkau melihat dengan mata anugerah Tuhan untuk mencari pengalaman.
Engkau guna telinga yang Tuhan cipta untuk mendengar maklumat-maklumat sebagai pengetahuan.
Kaki yang engkau gunakan, kaki pemberian Tuhan.
Lidah yang engkau gunakan menterjemah perasaan, kemahuan, serta ilmu adalah hak Tuhan.
Bumi yang engkau pijak juga kepunyaan Tuhan.
Kekayaan yang engkau cari milik Tuhan.
Makan minum yang engkau perolehi rezeki dari Tuhan.
Bahan-bahan yang engkau jadikan kajian adalah kepunyaan Tuhan.
Macam-macam ilmu dan rahsia engkau dapat hasil dari kajian.
Engkau dapat isteri/suami teman hidup tempat hiburan adalah makhluk ciptaan Tuhan.
Engkau gunakan seluruh anggota untuk mencari kekayaan.
Seluruh anggota ciptaan Tuhan.
Cari di mana hak engkau?
Di mana kepunyaan engkau?
Mana milik engkau?
Tidak ada milik engkau!
Tidak ada kepunyaan engkau!
Sepatutnya engkau malu dengan Tuhan!
Patut engkau jatuh hati dengan Tuhan!
Bahkan engkau cintai, takuti, puja dan besarkan.
Tapi tidak, engkau lupakan Tuhan.
Engkau rasa kepunyaan engkau semuanya.
Kerana itu engkau angkuh dan sombong.
Bahkan engkau derhaka kepada Tuhan.
Menjelang tidur
2 - 10 - 1999
Comments
Post a Comment