3 musibah

3 MUSIBAH KITA SETIAP HARI

Saudaraku...
3 musibah yang sering menimpa kita setiap hari.. tapi seringkali kita mengabaikannya..

1⃣ Musibah Pertama... (UMUR)

‘UMUR’ kita yang terus berkurang setiap hari.
Tetapi kita tidak pernah cemas. Namun apabila harta kita yang berkurang kita cemas dan risau tak menentu. Padahal harta yang hilang itu akan diganti. Sementara umur kita yang hilang tidak akan ada gantinya.

2⃣ Musibah Kedua.. (HARTA)

Setiap hari kita hidup dan makan dengan rezeki  Allah. Kita seronok dan gembira dengan rezeki yang kita guna dan kita terus lalai dan lalai…padahal kita tahu bahawa setiap rezeki yang  halal itu bakal dihisab dan yang haram pula bakal diazab.

3⃣ Musibah ketiga....(AKHIRAT)

Kita sedar sebenarnya setiap hari kita sedang melangkah mendekati akhirat dan dalam masa yang sama sedang menjauhi dunia. Tetapi kita sering lupa dengan akhirat yang kekal malah perhatian kita hanya lebih dunia yang fana dan melupakan tujuan akhir hidup kita.

Bagaimana akhir perjalanan kita kelak?
Apakah kita akan menjadi penghuni syurga
yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan Atau menjadi penghuni neraka yang penuh
dengan segala azab dan seksa?

Wallahua'lam..

Semoga Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tujuan terbesar hidup kita dan tujuan akhir hidup kita.

Semoga Allah hindarkan kita semua dari neraka-Nya, dan menjadikan rumah abadi kita adalah syurga-Nya,

Aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2