Muhasabah diri sebelum tidur

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*_Muhasabah Diri_*

Setiap manusia pasti akan tidur. Itulah fitrah manusia yang normal. *Dalam Islam*, *tidur juga merupakan suatu ibadah*.

# Sebelum tidur, kita fikir kembali apa yang telah kita lakukan atau kerjakan. Adakah hidup kita hari ini telah kita lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri kita, agama, masyarakat dan negara. Inilah yang dikatakan muhasabah diri dan ia sangat dituntut dalam Islam.

# Tidur juga diistilahkan seperti mati iaitu mati seketika. Jadi eloklah kita merenung kembali amalan kita seharian sebelum kita "mati seketika" ini. Ada juga "mati seketika" yang menjadikan mati untuk selama-lamanya. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan.

# Jadi baiklah jika kita muhasabah diri dan seterusnya beristighfar.

# Untuk terhindar dari mimpi-mimpi buruk, berwuduklah dulu sebelum tidur.

# Sebutkan Affirmation kebaikan  spt:
- aku bergantung kpd Allah
,- aku suka membantu,
- aku sentiasa mahu belajar,
- aku yakin dan berani.

# Harapan semoga tidur kita akan diberkati oleh Allah. Moga hari esok dan hari-hari akan datang lebih baik dari hari ini.

Semoga ada manfaatnya...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2