Doa jumaat

Doa hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ                 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Yaa Allah,
Di pagi Jumaat yang mulia ini ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayah Mu agar kami sentiasa dekat dengan Mu, Yaa Allah.

Yaa Allah,
Kami bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini. Jadikan kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu.

Yaa Allah,
Didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu.

Yaa Allah,
Kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih sayang Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Yaa Allah,
Kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Yaa Allah,
Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Yaa Allah,
Jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Yaa Allah,
Bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.

Yaa Allah,
Jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Yaa Allah,
Limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal lagi berkat.

Yaa Allah,
Sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.

Yaa Allah,
Mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.

Yaa Allah,
Kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu.

Yaa Allah, Ya Ghaffar,
Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Yaa Allah,
Kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Yaa Allah.                                                     

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2