Tafsir surah Nuh ayat 1 - 13
🍏 Tafsir Surah Nuh ayat 1 - 13 🍏
إِنّا أَرسَلنا نوحًا إِلىٰ قَومِهِ أَن أَنذِر قَومَكَ مِن قَبلِ أَن يَأتِيَهُم عَذابٌ أَليمٌ
[Nuh: 1]
Bab 1
Sesungguhnya Kami telah utuskan Nuh as pada kaumnya dengan satu perintah.
Bab 2
Bahawa kamu beri peringatan / ancaman pada kaum kamu iaitu janganlah kamu semua sembah melainkan hanya kepada Allah sahaja, jangan sekali-kali kamu semua buat syirik kepada Allah.
Bab 3
Sebelum datang kepada kamu azab yang pedih
Iaitu azab Neraka.
🅾️🅾️🅾️
Tafsir
Semua nabi-nabi diperintah dengan perintah yang satu sahaja iaitu mengEsakan Allah sahaja.
Perintah-perintah lain akan diikuti selepas itu.
Semua nabi-nabi akan mulai dengan beritahu kepada kaum mereka bahawa mereka adalah Rasul yang diutuskan.
قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ
[Nuh: 2]
Nabi Nuh as berkata, “Wahai kaum ku, sesungguhnya aku ini bagi kamu seorang pemberi peringatan yang jelas nyata, iaitu supaya kamu semua mentauhidkan Allah semula”.
أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ
[Nuh: 3]
Bahawa kamu semua sembahlah Allah swt sahaja.
Takutlah kepada-Nya dengan belajar apa yang aku akan ajar kepada kamu.
Oleh itu ikutilah sahaja ajaran aku
يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ ۖ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
[Nuh: 4]
Ikut ajaran nabi iaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Allah akan ampuni dosa-dosa mereka. Itu janji Allah.
Bab 1
Allah swt akan ampuni dosa-dosa kamu: beriman - ampun dosa.
Bab 2
Dan memberi kamu hidup dengan sakinah iaitu dengan tenang aman di dunia ini sehingga sampai ajal kamu.
Bab 3
Apabila datang kepada kamu ajal kamu maka tidak boleh dilewatkan lagi dari qadha Allah.
Bab 4
Kalaulah kamu mengetahui maka cepat-cepatlah bertaubat dan mengEsakan Allah semula.
Ayat berikut ini adalah rintihan Nabi Nuh as kepada Allah. Kita pun patut merintih kepada Allah sahaja bila ada masalah.
Nabi Nuh as mengajak orang pada tauhid ini selama 950 tahun.
قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا
[Nuh: 5]
Nabi Nuh as merintih pada Allah: “Wahai Allah Tuhan ku, bahawa aku telah ajak kaum ku malam dan siang”.
Iaitu Nabi Nuh as ajak mereka sepanjang masa
فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا
[Nuh: 6]
Maka tidaklah ajakan tauhid ini dibuat melainkan hanya mereka lari darinya tidak mahu mereka mentauhidkan Allah semula.
وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
[Nuh: 7]
Ini cara Nabi Nuh as mengajak orang pada tauhid.
Bab 1
Sesungguhnya aku setiap kali mengajak mereka pada mengEsakan Allah semula
Aku akan beritahu mereka pasti Allah swt akan ampuni dosa-dosa mereka.
Bab 2
Mereka pula ambil jari-jari mereka dan sumbat ke telinga-telinga mereka tidak mahu dengar ajakan tauhidku.
Bab 3
Mereka menutupi dengan kain-kain mereka dari ku tutup badan mengisyaratkan bahawa mereka tidak mahu tengok pada ku.
Bab 4
Mereka tetap degil walaupun mereka faham apa aku cakap kepada mereka.
Bab 5
Mereka tetap sombong dari menerima ajakan tauhid ini dengan suatu kesombongan yang besar
Iaitu mereka ingkar pada ajakan tauhid ini.
Nabi Nuh as terus-menerus mengajak mereka pada mengEsakan Allah semula. Tidak putus asa Nabi Nuh as mengajak orang pada tauhid. Begitulah juga kita jangan kita putus asa ajak orang ke tauhid ini.
ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا
[Nuh: 8]
Kemudian aku ajak mereka secara terang-terangan
ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا
[Nuh: 9]
Kemudian aku ajak mereka secara beramai-ramai dan berterus-terang iaitu dalam majlis-majlis agama.
Dan aku juga ajak mereka secara perseorangan dan secara rahsia
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
[Nuh: 10]
Aku kata kepada mereka, “Pohonlah ampun kepada Allah Tuhan kamu sesungguhnya Dia Allah akan mengampuni segala dosa kamu”.
Ajakan tauhid ini bila sahaja sudah diberitahu, disuruh mereka bertaubat kepada Allah.
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
[Nuh: 11]
Nescaya Dia Allah akan menurunkan dari langit air hujan yang mencurah-curah.
Iaitu bila kaum sudah terima ajakan tauhid, Allah taala akan singkap bala-bala kemarau dan lain-lain
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
[Nuh: 12]
Dan Dia Allah akan memberi kepada kamu harta dan anak-anak yang banyak.
Diadakan untuk kamu kebun-kebun dan dijadikan untuk kamu anak-anak sungai.
Bila kaum sudah terima ajakan tauhid ini Allah taala akan singkap segala bala dengan menggantikan dengan Rahmat-Nya.
1. Harta
2. Anak-anak
3. Kebun-kebun
4. Sungai-sungai
Semua ini akan memakmurkan negara.
مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا
[Nuh: 13]
Mengapa kamu tidak menghargai Allah dan takut pada kebesaran Allah?
Iaitu berhentilah buat syirik kufur kepada Allah dengan mentauhidkan Allah semula.
Soalan?
🔴 Pelajar :Alhamdulillah. Jazakallahu khairan Ustaz. Berapakah sebenarnya umur Nabi Nuh as dan atas sebab apa dipilih sebagai salah seorang ulul Azmi? Harap pencerahan dan jazakallahu khairan terlebih dahulu.
🔵 Ayah Aji : Tidak diberitahu umur Nabi Nuh as. Maka Ayah Aji tidak tahu umurnya.
Al-Quran tidak menyatakan sangat fakta sejarah tentang tarikh, jenis kayu kapal, tempat kejadian tetapi pentingkan tauhid dan pengajaran.
Manusia pun tidak perlu ambil tahu sangat hendak cari berkat jenis kayu atau ziarah tempat-tempat kejadian atau kubur-kubur nabi dan wali.
🔴 Pelajar : Assalam Ayah Aji. Bolehkah orang-orang alim bagi syafaat di Akhirat selain Nabi Muhammad saw?
🔵 Ayah Aji : Nabi saw yang beri syafaat dengan izin Allah. Kalau Allah tidak beri izin, Nabi saw pun tidak boleh beri syafaat itu.
🅾️ 🍏 🅾️ 🍏 🅾️ 🍏 🅾️ 🍏 🅾️
Comments
Post a Comment