Amalan pertama dihisab adalah solat

Assalamu'alaikum Wrh. Wbt.

*Sedikit Catatan*
*Solat : Amalan Pertama Dihisab*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : ( إنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإنْ صَلُحَتْ ، فَقَدْ أفْلَحَ وأَنْجَحَ ، وَإنْ فَسَدَتْ ، فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ ، قَالَ الرَّبُ – عَزَّ وَجَلَّ – : اُنْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ، فَيُكَمَّلُ مِنْهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ تَكُونُ سَائِرُ أعْمَالِهِ عَلَى هَذَا ) رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ ، وَقَالَ : ( حَدِيثٌ حَسَنٌ )*
_Dari Abu Hurairah rhu ia berkata bahawa Rasulullah Saw.  bersabda : Sesunggohnya amal yang pertama kali dihisab pada saorang hamba pada hari qiyamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sunggoh ia telah beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sunggoh ia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allahu Ta’ala berfirman : Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunnah? Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya_
Hadits riwayat imam at Tirmidzi, no. 413, dia mengatakan hasan
imam an-Nasa’ie, no. 466
Al-Hafidz Abu Thohir mengatakan hadits ini sohih
al imam Yahya bin Sharaff, Riyadhus Solihiin, no. 1081

Faidah Dari Hadits :
Perkara yang pertama kali akan dihisab pada hamba dari perkara ibadah pada hari qiyamat adalah solat. Siapa yang mendirikan solat, maka bagus amalnya. Siapa yang tidak bagus solatnya, maka amalnya pasti rosak

Allahu Ta'ala sangat penyayang pada hamba di mana Allah menyempurnakan amalan wajib yang ia lakukan dengan amalan sunnah sebagai penutup kekurangannya. Umumnya amalan wajib akan disempurnakan dengan amalan sunnat sampai bertambahlah kebaikan hingga mengalahkan kejelekan sampai masuk surga dengan rahmat Allah

Maka itu, hendaklah setiap orang dapat memperbanyak dan menjaga amalan sunnat, lantaran ia pendokong juga pelengkap amalan yang wajib

Maraji' :
Bahjah An-Nadzirin Syarh Riyadh us-Solihiin. Cetakan pertama, Tahun 1430H
Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali hfzh. Penerbit Dar Ibnul Jauzi 2:255-256

*4 Persoalan Dihari Pembalasan*

Dari Abu Barzah Al-Aslami rhu. bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

*لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أربع : عن عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ*
_Tidak akan bergeser kedua kaki saorang hamba pada hari qiyamat nanti sampai ditanya tentang 4 perkara :_
_(1) tentang umurnya untuk apa dia habiskan_
_(2) tentang ilmunya, sejauh mana dia amalkan_
_(3) tentang hartanya, dari mana dia dapatkan dan untuk apa harta tersebut dibelanjakan, dan_
_(4) tentang tubuhnya, untuk apa dia gunakan_
Hadits riwayat imam At-Tirmidzi
Disohihkan dalam Silsilah Ahadits as-Sohihah, no. 946

Baginda Nabi Saw. sangat sayang kepada ummatnya, justeru  Baginda sedia mengkhabarkan 4 pertanyaan yang pasti disoal di akhirat nanti, malah Baginda juga telah meninggalkan banyak pengajaran (as sunnah) untuk ditaat patuhi, supaya seluruh persoalan itu bulih dijawab

Persoalan itu ditanya pada hari akhirat, haqiqinya tentang apa amal yang diperbuat pada ketika hidup sebelum mati. Justeru, mari bersama mengambil i'tibar dan bermuhasabah, sebelum ajal menjemput diri
insyaa'Allah

Sekian
Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2