Dunia vs akhirat

*✨🌸22 MAC 2019🌸✨*
*15 REJAB 1440H*

ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ
ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

TANYALAH USTAZ TV3

*(Da'i Annas & Ustaz Mohamad Zarifi Mohd.Daud)*

*AKIDAH : DUNIA VS AKHIRAT*
-------------------------------
DUNIA ialah apa yg sedang kita diami pada hari ini.
Inilah realiti kita pada hari ini.

Setiap yg bernyawa pasti akan bertemu dgn kematian.

Selepas kita mati,kita akan bertemu dgn alam barzah dan selepas itu alam akhirat.
Kita semua akan berdepan dgn alam² ini.
KITA WAJIB BERIMAN PADA ALAM² INI.
Kita sebagai seorang manusia kita boleh mencukupkan hak² kita(Allah tak halang kita mencari keperluan dunia,kemewahan dunia)dan jadikan kemewahan dunia ini jadi jambatan ke akhirat.

DUNIA INILAH KITA NAK PULUN 100%,JADI ORG YG BERTAQWA,JADI ORG YG BAIK²,BEKALAN² INI NANTI DI HARI AKHIRAT AKAN BAWA KITA MASUK SYURGA.
NABI BERSABDA,DUNIA MERUPAKAN PENJARA BAGI ORG BERIMAN DAN SYURGA BAGI ORG KAFIR,BOLEH USTAZ HURAIKAN?
Maksud hadis ini ialah hawa nafsu org mukmin dipenjarakan,dikunci dan bagi org tak beriman(kafir),dunia ini bebas sahaja menurut hawa nafsunya(nafsu yg tak baik ini tak pernah tua,sentiasa muda).

DUNIA TEMPAT KITA DIDIK NAFSU KITA.
Cth bila Allah perintah kita puasa,kita didik nafsu makan kita dan ikut perintah Allah.

*🔴BAGAIMANA NAK LATIH DIRI UTK CINTA AKHIRAT LEBIH DARI CINTA DUNIA?*
🔵Satu hari Tauban dah lama tak bertemu Rasulullah. Sahabat² rindu nak bertemu Rasulullah. Tauban bertemu dgn Rasulullah dan berubah wajahnya kerana dah lama tak bertemu dgn Rasulullah. Tabuan kata aku rindu sungguh². Aku bimbang di hari akhirat aku tak dapat bertemu dgn kamu.

UTK TANAM CINTA AKHIRAT MESTI TANAM CINTA PADA RASULULLAH.

Tak sempurna iman jika tak cinta aku(Rasulullah) melebih dari cinta² diatas dunia ini.

🔴Soalnya sekarang,apakah kita berminat dgn hadis² Nabi.
🔵Takut² bila tak ada hadis² Nabi dihati kita,kita tak ada cinta pada Rasulullah.

*🔴ADA ORG TAK PERNAH SEMBAHYANG HINGGA AKHIR HAYATNYA DAN ADA ORG NAK AKHIRAT SAHAJA DUNIA TAK PANDANG,BAGAIMANA USTAZ?*
🔵Bila sebut bab solat ianya mengerunkan hati kita kerana solat adalah perkara pertama yg akan dihisab. Keutamaan dalam hidup ialah solat. Selagi dia mengucap

ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ

dia tetap seorang muslim. KITA TAK BOLEH MENGHUKUM ORG KERANA HUKUMAN ADALAH MILIK ALLAH. Islam merangkumi cara hidup(kita bangun dari pagi sampai kita tidur semula,semuanya dihitung sebagai amal ibadah,ada untung nasib,ada dosa atau pahala). Nabi berdoa Ya Allah berkatilah umatku pada pagi mereka. Org yg bangun pagi adalah org yg rajin dan org yg ada arah tuju. Sahabat² yg berniaga nasi lemak,dah buka gerai pagi² dan pastinya ada target. Ini usaha² yg Allah akan beri pahala padanya.
Ada org yg lepas kerja ada mesyuarat, bermesyuarat juga berpahala.
BILA BERMESYUARAT AKAN ADA KATA SEPAKAT DAN TAK JADI BERGADUH.

*🔵APAKAH AMALAN² PARA ANBIA DALAM PENGISIAN IBADAH DI DUNIA DAN APA YG DIMAKSUDKAN DUNIA MELAKNAT?*
🔵Nabi adalah ikutan manusia.

Tiru cara Rasulullah beribadah.
Wahai manusia bertaubatlah dan beristighfarlah pada Allah dan Nabi kata saya beristighfar 100kali sehari.

TIRU ISTIGHFAR NABI.
PALING KURANG

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢَ

Tak salah dengar lagu dalam kereta dan sebelum dengar lagu, kita istighfar dulu sebanyak 100kali.

BEKERJALAH SEOLAH~OLAH KITA TAK AKAN MATI DAN BERIBADATLAH SEOLAH~OLAH KITA AKAN MATI,ESOK.
Maksudnya atas dunia ini kita ada tanggungjawab.
Sebagai seorang bapa mesti jadi org yg paling rajin utk anak² dan isteri.

Allah beri kita kesihatan dan kudrat utk kita kerja bersungguh~sungguh.
Apabila seorang lelaki itu mencari nafkah utk ahli keluarganya,itu adalah sedekah.

KERJALAH SUNGGUH² KERANA KITA TAK TAHU AMALAN MANA YG BAWA KITA MASUK SYURGA.
Allah akan beri pahala pada kita sejauh mana tahap ujian kita.
Allah kata setelah sempurnakan solat,bertebaranlah kamu mencari rezeki.

*🔴APAKAH TIP² ATAU AMALAN UTK DIBAWA KE AKHIRAT?*
🔵Hidup kita ini adalah kita fikir tentang akhirat dan yg kita bimbang kita tak fikir tentang akhirat.
Wahai manusia kamu sekali~kali tak akan faham kebajikan sebenar~benarnya selagi kamu belum berinfak dgn apa yg kamu sayang.
Abu Talha dengar ayat ini dan terus jumpa Rasulullah nak berinfak ladang kurmanya yg paling dia sayang.
INILAH PARA SAHABAT NABI,BILA BACA AYAT AL~QURAN TERUS BERAMAL.
Para sahabat yakin sungguh² adanya syurga dan neraka.
Bila turun ayat Allah,mereka pasti akan buat walaupun bergadai nyawa mereka.
TIPNYA IALAH DGN BANYAKKAN BERSEDEKAH.
Sedekah jariah ini ialah amalan berwakaf.

*🔴ADA ORG KATA ISLAM INI TERLALU MENGONGKONG,APAKAH HIKMAH DISEBALIK SEMUA INI?*
🔵Hikmahnya adalah utk selamatkan kita dari malapetaka.
Islam mengharamkan minum arak.
Bila minum arak tak boleh bawa kereta.
Islam tak mengongkong kita 100%. IKUT ISLAM KITA AKAN JADI BAIK. ATURAN ALLAH ADALAH UTK SELAMATKAN KITA.

*🔴MENGAPA IMAN SAYA NAIK DAN TURUN, DULU SAYA MELAKUKAN DOSA² BESAR DAN DAH INSAF SERTA BERAMAL DAN SAYA TERPESONG LAGI DAN BERAMAL LAGI, BAGAIMANA USTAZ?*
🔵Wahai org² yg telah tergelincir dalam hidup,janganlah putus asa dgn rahmat Allah.
Allah sangat suka mendengar rintihan hambaNya.
Ada seorang pemuda bernama Al~Kifli yg melakukan dosa.
Al~Kifli beri tawaran pada wanita yg berhajat nak pinjam duit dan dgn syarat berzina dengannya.
Perempuan itu ambil jalan singkat kerna nak duit dan sanggup nak berzina.
Tiba² ketika nak berzina perempuan itu menangis.
🔴Al~Kifli kata kenapa menangis bukankah kau sanggup nak berzina?
🔵Kata perempuan itu,aku menangis kerana aku tak sanggup melakukan dosa ini.
Tangisan itu menjadi asbab Al~Kifli mendapat hidayah.
Dgn takdir Allah malam itu Al~Kifli meninggal.
Dipintu rumah Al~Kifli tertulis,sesung
guhnya Allah telah mengampunkan dosa² kamu.

*🔴WALAUPUN DOSA KITA SETINGGI LANGIT, ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN ALLAH PASTI MENGAMPUNKAN KITA SELAGI NYAWA BELUM SAMPAI DIHALKUM. HANYA CARI REZEKI TAPI TAK SOLAT, MOHON PENJELASAN USTAZ.*
🔵Allah beri kita kekuatan berbeza~beza dan berusahalah mencari rezeki dan jangan tinggalkan hak Allah iaitu urusan solat. Kita mesti jaga sungguh² solat kita. Kita mesti utamakan solat fardu dan pada masa sama tambah solat² sunat.

TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA IALAH BILA ALLAH BERIKAN KITA KEFAHAMAN AGAMA.
SYUKUR BILA ALLAH BERI KITA RASA SERONOK NAK TENGOK RANCANGAN AGAMA.

*🔴ADAKAH BEKERJA ITU SATU IBADAH DAN MELAKUKAN DGN IKHLAS AKAN MENJAMIN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT?*
🔵Ya,kerja adalah ibadah. Kerja itu mesti halal dan tak tinggalkan solat serta ikhlas. Inilah ladang utk kita cari pahala. Ibadah bukan hanya ditikar sembahyang.
IBADAH ADA 2:
Ibadah khusus(solat,puasa,zakat dll) dan ibadah umum(apa² perlakuan yg baik utk agama,ini adalah ibadah)
SEBAIK~BAIK MANUSIA ADALAH YG PALING BANYAK BERI MANFAAT PADA ORG LAIN.
Beri senyuman pada sahabat itu adalah sedekah.
Jika 8 jam kita kerja dan 8 jam kita senyum,itulah berpahala.
Membantu kearah kebaikan tak akan sia² disisi Allah.
PERBAHARUI NIAT KITA,AKU KERJA INI KERANA ALLAH.
Org yg paling banyak senyum adalah Rasulullah.

*🔴APAKAH ASET TERBAIK SAHAM KITA DI AKHIRAT?*
🔵Salah satunya ialah dgn baca Al~Quran.
Inilah perniagaan yg tak akan rugi selama~lamanya.

NABI KATA WANITA BOLEH MASUK SYURGA DGN 4 PERKARA INI:

1)Jaga SOLAT.
2)Puasa di bulan Ramadan.
3)Jaga kehormatan
4)Mentaati suami.
MASUKLAH SYURGA MELALUI PINTU MANA YG DIA SUKA.
Jangan TINGGIKAN SUARA pada suami.
In Shaa Allah inilah jalan ke syurga.
Amalan yg paling dicintai Allah ialah beri kegembiraan pada saudara muslim yg lain(beri kegembiraan pada isteri dan anak²,beri kasih sayang dgn kelembutan).

*🔴BOLEHKAH BILA MARAH ADA ORG CAKAP, "KITA JUMPA DI AKHIRAT"?*
🔵Kita bimbang kita tak jumpa. Di akhirat kita dah tak fikir org lain dan kita dah tenggelam dgn peluh² kita sendiri kerana dosa² yg kita lakukan. Seelok~eloknya berilah kemaafan pada org lain. Ada seorang suami beri kemaafan pada org yg tembak isterinya yg berlaku baru² ini. ORG YG BERI KEMAAFAN PADA MANUSIA,ORG INI AKAN MASUK SYURGA. Inilah yg diajar oleh Rasulullah. Inilah sesempurna akhlak. Periksa akhlak kita,kenapa kita asyik² nak marah.

*🔴BAGAIMANA NAK BERSANGKA BAIK DGN MUSIBAH?*
🔵Nabi ajar bila diuji dgn musibah doalah,Ya Allah berilah pahala diatas ujian ini dan gantilah dgn sesuatu yg lebih baik.

Org yg sabar,Allah beri ganjaran yg tak terhitung.

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PERLINDUNG KAMI. Amalkan zikir ini.

APA JUGA YG BERLAKU DALAM HIDUP INI,BACALAH AL~QURAN.
SEMUANYA TERKANDUNG DALAM AL~QURAN.

AL~QURAN TAK ADA SYAK DAN KERAGUAN SERTA SEBAGAI PETUNJUK PADA KITA.
....
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTV3
#BiarTahuJanganKeliru
#Umie Share🤭
#MOGA ILMUNYA BERKAT DAN BERMANFAAT
DI DUNIA DAN AKHIRAT...AAMIIN.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2