Gembirakan orang lain

🌿 Tazkirah Isnin 🌿

Gembirakan Orang Lain Dan Tunaikan Hak Sesama Saudara Muslim

JIKA kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati.

Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya sesuatu yang diperukan

Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya.

Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka.

Hidup ini umpama roda dan ianya berputar. Adakala diatas dan ada kala dibawah

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang sedang berduka. Waktu kita senang ada yang melarat dan miskin.

Terdapat hadis dari Nabi SAW ada 6 hak muslim kepada muslim yang lain.

Dari Abu Hurairah r a. berkata Bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara:

1. Apabila engkau berjumpa dengannya, sampaikanlah salam;

2. Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya;

3. Apabila ia minta nasihat, berilah ia nasihat;

4. Apabila ia bersin dan mengucapkan “al-Hamdulillah”, ‘ maka jawablah dengan “Yarhamukallah”,

5. Apabila ia sakit, maka jenguklah; dan

6. Apabila ia mati, antarkan jenazahnya.”

(HR. Muslim)

Islam selalu mengajurkan kepada kehormatan, kemuliaan dan kedamaian kepada umatnya dan selalu mengadakan hubungan antara yang satu dengan lainnya untuk mewujudkan kasih sayang diantara mereka.

Untuk menjalin hubungan antara mereka terdapat enam hal yang merupakan hak atas setiap peribadi muslim yang berpengaruh dalam kehidupan bermasyarakat, antara lain:

1. Memulai ucapan ”salam” bila berjumpa;

2. Memberi nasihat, apabila diminta baik tentang urusan duniawi maupun ukhrawi;

3. Memenuhi undangan baik secara individu mahupun jama’ah.
Wajib hadir undangan jika dijemput secara khusus melainkan kita ada urusan lain tak dapat dielakkan. Sebaik-baiknya memberitahu tentang keuzuran kita.

4. Saling mendoakan apabila bersin;

5. Mengunjungi saudaranya apabila sakit; dan

6. Mengurus dan mengantarkan jenazah saudaranya ketanah perkuburan

Jika kalian dapat memenuhi hajat dan keperluan orang lain di dunia ini nescaya Allah akan memudahkan urusan kalian samaada di dunia mahupun di hari akhirat

🥦 Wassalam 🥦

Makmum Sundari
11.3.2019

#MS#AB
#SuaraPrihatin

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2