Menjaga lisan

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Jaga Pertuturan, Jaga Percakapan*

Sebagai seorang muslim yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berhati-hatilah dengan lisan, jangan sampai ia digunakan untuk mencemuh, mengejek orang lain, apalagi ditujukan pada seorang muslim yang ingin menjalankan ajaran Islam. Dalam satu keadaan, diam itu emas jika diamnya adalah dari membicarakan orang lain, atau diamnya dari berbicara yang sia-sia atau berbau maksiat.
Perhatikanlah, sesungguhnya kerana lisan seseorang boleh terjerumus dalam jurang kebinasaan.

Justeru ,JAGALAH LIDAH jangan berkata tanpa keperluan kerana bahayanya lidah ini kerana ia boleh memasukkan seseorang itu kedalam neraka dengan kerja yg sgt ringan seperti mengumpat. Kita perlu sedar bahawa DOSA itu tidak memberi kesan sakit kpd lahiriah diri kita tetapi ia menyakitkan iman menyebabkan iman semakin lemah dan kesannya kita akan malas beramal serta tidak rasa nikmat untuk ibadah. Maka cara untuk REPAIR diri kita yang tidak ada haluan ini adalah merapati orang2 soleh, mendengar peringatan dan berdoa kepada Allah SWT agar Allah sentuh hati kita untuk dekat padaNYA.

Semoga bermanfaat..

*TLJ*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2