Perihal Ya Latif


Ya Latif - yang maha teliti/halus

Zikir ni lembut dan melambangkan zat Allah yang maha teliti.
Jika kita hendak melakukan sesuatu perkara yang terperinci, boleh dizikirkan Ya Latif.

Ya Latif boleh juga dizikirkan untuk anak agar mereka bersopan santun dan mempunyai adab dan akhlak yang mulia.

Allah yang maha teliti dalam segala penciptaan makhluk dan pentadbiran alam semesta.

Penciptaan dan kehendak Allah yang maha teliti menjadi segala sesuatu yang melata dan beredar di langit dan di bumi dapat diperincikan dengan penuh keindahanNya.

Semua makhluk bergerak selari dengan aturan Ilahi. Tiada satu pun di langit dan di bumi serta isinya bergerak di luar kekuasaan penciptaan Ilahi.

Allah maha teliti dalam menentukan kebaikan dan menghitung kejadian makhluk.
Oleh yang demikian, zikirlah Ya Latif bagi menangani situasi tertentu berdasarkan pantulan Ilahi terhadap makhluk atas zatNya.

Kredit: Ita Marina



Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2