Kisah penjual udang

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

Di pintu masuk kawasan market pada suatu pagi,saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yg dijualnya,ada hampir 10 ekor.Saya hanya senyum kepadanya sambil memberi isyarat tidak mahu,tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanya berapa harga semuanya.RM50.00 kata orang tua itu,lalu dibayar oleh pemuda tersebut.Udang itu dimasuk dalam plastik,ada yg besar dan sederhana.Bila uncang plastik itu diserah kepada pemuda itu,tetiba dia bertanya,"Pak Cik,ada tidak udang galah ini yang Pak Cik bawa balik untuk makan dirumah?"Orang tua itu tercengang mendengar soalan itu.

Dalam senyum dia berkata,"Encik,Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu.Beras,gula,tepung untuk makan anak anak adalah lebih utama dari makan udang ini.Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari,berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan."Saya tunduk mendengar jawapanya,dalam hati meraung  menyebut kebesaran Allah.Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu,lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata,"Pak Cik,hari ini pak cik dan anak anak anak dapat makan gulai udang galah yg ditangkap oleh pak cik sendiri.Ambillah,saya sedekahkan semua."Pemuda itu cepat berlalu,sedangkan orang tua itu sepert kebingungan seketika.Ketika meninggalkan tempat itu dg udangnya,saya melihat tangannya menyapu mata.Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yg disebalik pandangan.

Ada orang,rezekinya hanya untuk tatapan kerana perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yg lebih perlu untuk meneruskan hidup...

Firman Allah,"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna,sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan siapa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui."Ali Imran 92.

-ust abd ghani haron

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2