Mengenal hati

JIWA TARBAWI 136

5 Asas ( usul ) mengenali HATI ( nukilan daripada kitab Mainhajul 'Abidin  oleh Al Imam Ghazali )

Asas Pertama mengenal HATI:

Firman Allah 'Azza wa Jalla :

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
(١٩: غافر )

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati(19)

Ghafir :19

. وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ 
( الملك: ١٣ )

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyarin, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada(13)

Al Muluk : 13

...Hati seorang hamba cukup berhati-hati dengan amalannya terhadap Allah kerana Zat yang ia berurusan adalah Zat Yang Maha Mengetahui dan Mengerti apa yang ada di dalam hati seorang hamba.

Seseorang hamba itu tidak boleh menipu Allah Ta'ala dengan apa yang ada dalam hatinya...samaada keikhlasan ataupun nifaq yang ada...

Asas yang ke dua "mengenal HATI"...

Sabda Rasulullah S.A.W. :

إن الله لا ينظر إلى صوركم وأبشاركم ولكن ينظر إلى قلوبكم ..
رواه مسلم

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu dan tubuh badan kamu akan tetapi Dia memandang kepada
( kesucian ) hati-hati kamu"

HR Muslim

...Maka HATI itu adalah tempat pandang dan telek Rabbil Alamin. Sangat heranlah seorang yang mementingkan rupa wajahnya sedang ia hanyalah tempat pandang dan telek manusia semata-mata...

Asas Ketiga :

Berkata Al Imam Ghazali ...
القلب هو ملك مطاع ورئيس متبع

' Sesungguhnya hati itu adalah raja yang ditaati, pemimpin yang diikuti, anggota-anggota tubuh itu keseluruhannya ialah pengikut, maka apabila baik orang yg diikuti maka baiklah para pengikutnya..maka apabila tetap istiqamah raja maka tetap istiqamah jugalah rakyatnya...seperti mana hadith Nabi SAW berbicara :

أَلا وإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وإذَا فَسَدَت فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهيَ القَلْبُ
رواه البخاري ومسلم

" Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, bila baik ia maka baiklah seluruh jasad, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad..ingatlah ianya adalah HATI.."

HR Bukhari dan Muslim

Asas yang ke empat ( mengenali HATI ) :

..sesungguhnya HATI adalah mengandungi perbendaharaan bagi segala permata bagi diri manusia yang bernilai, dan segala arti kemuliaan dan kebesaran..

yang pertama iaitu AQAL dan kemuncak kemuliaan ialah MAKRIFATULLAH, yang mana ianya menjadi sebab kepada kebahagiaan dua dunia iaitu DUNIA dan AKHIRAT...

yang kedua iaitu BASIROH ( mata hati yang mempunyai kekuatan cahaya Allah untuk melihat hakikat kebenaran ) yang dengannya seorang hamba itu mendapat kedudukan yang tinggi serta harga dan kemuliaan di sisi Allah 'Azza  wa Jalla....

yang ke tiga iaitu NIAT YANG IKHLAS pada ketaatan yang bergantung padanya pahala yang berpanjangan ...

yang ke empat iaitu SEGALA CABANG ILMU DAN HIKMAH yang menjadi kemuliaan hamba dan segala akhlaq peri laku yang mulia...

yang ke lima iaitu SEGALA SIFAT MAHMUDAH ( yang terpuji ) seperti taubat, syukur, zuhud, khauf dan raja'....

Asas yang ke lima ( mengenal HATI ) ...

...jika direnung hal keadaan HATI maka ada 5 keadaannya :

1. Hati tempat malaikat turunkan ILHAM..manakala syaitan menurunkan was-wasnya...

2. Banyak perkara yang membimbangkan HATI ..seperti HATI jadi medan peperangan antara tentera hawa nafsu dengan tentera aqal yang perlukan kawalan dan tidak boleh dilalaikan...

3. Banyak khawathir yang melintangi HATI..bagaikan anak panah yang jatuh padanya, bagaikan hujan yang turun padanya siang dan malam..

4. Banyak pula penyakit-penyakitnya namun penawarnya amat payah kerana HATI tak dapat dilihat,..maka perlukan penilaian berpanjangan, halus tilikannya dan perlukan banyak riyadhah iaitu latihan dan pengajarannya..

5. Kebinasaan HATI pula terlalu cepat, kegelinciran lebih cepat dari kuali yang penuh dengan minyak yang menggelegak.....

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

وَإِنَّمَا سُمِّيَ ا

لْقَلْبُ مِنْ تَقَلُّبِهِ....
رواه ابن ابي شيبة
" Hanyasanya dinamakan HATI kerana mudahnya ia berbolak balik'... "

HR Ibnu Abi Syaibah

Justeru...kenali hatimu sendiri...dan bersedialah menghadapi mujahadah, tazkiyyah dan tahsiniyyah nya....

Wallahu a'lam....

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2