Stay positive
Belajar dari Yusuf AS dalam menjadi positif
[12:69]
فلا تبتئس بما كانوا يعملون
"....jangan engkau bersedih hati terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
Ustaz bagi satu perumpamaan;
Gelas yang berisi 150 ml air,
Apabila dipegang selama 1 minit; isipadunya tetap sama.
Apabila dipegang selama 1 hari; isipadunya tetap sama.
Apabila dipegang selama 1 bulan; isipadunya tetap sama.
Isipadu gelas tersebut tetap tidak akan berubah.
Namun yang mengalami perubahan adalah tangan yang memegang.
Apabila dipegang selama 1 minit; tangan tidak akan berasa penat.
Apabila dipegang selama 1 hari; tangan akan menjadi lenguh.
Apabila dipegang selama 1 bulan; tangan akan menjadi sakit.
Begitulah gelas berisi air diumpamakan sebagai masalah di dalam hidup,
Dan tangan yang memegang diumpamakan sebagai fikiran kita.
Masalah yang hadir, jika difikirkan seketika, tidak membawa mudharat.
Namun, jika ia menguasai fikiran dalam tempoh yang lama akan memudharatkan diri sendiri, sedangkan masalah tersebut tidak akan berkurang.
سرى همّي فأمرضني
وقدمًا زادني مرضًا
Kerana kesedihan dan kebimbangan yang melampau akan membawa penyakit;
Rasulullah terlebih dahulu mengajar kita untuk berdoa
اللهمّ إنّي أعوذ بك من الهمّ والحزن
(Seperti di dalam al mathurat)
--------
Orang yang positif;
Mereka tidak bersedih atau beremosi dengan apa yang telah berlaku.
Mereka tidak memberatkan fikiran dengan perbuatan manusia lain terhadap mereka.
Malah fikiran mereka disibukkan dengan apa yang mereka boleh lakukan pada waktu semasa dan akan datang.
Positiflah dalam hidup.
Positiflah dengan diri sendiri.
Positiflah dengan manusia dan keadaan sekeliling.
Dan mari jauhi fikiran negatif;
Kerana akhirnya perkara negatif hanya memberatkan fikiran kita,
Dan tidak membawa apa-apa manfaat,
Malah mungkin menambah beban dan dosa.
#spreadpositivevibes
#smile
Comments
Post a Comment