Bila Ramadhan tiba...adakan musyawarah

��������������������

�� RAMADAN DI HATIKU ��

⏰ BILA RAMADAN TIBA ⏰

�� SIRI 1⃣9⃣

MUSYAWARAH KELUARGA

�� Libatkan ahli keluarga dan dapatkan sokongan mereka. Apa sekali pun perancangan dan berapa baik telah di fikirkan, tanpa penglibatan dan sokongan orang-orang penting dalam hidup kita, usaha kita mungkin menemui kegagalan. Jadi, libatkan semua ahli keluarga dan sahabat rapat dalam perancangan Ramadan anda.

�� Adakan perjumpaan keluarga (family meeting) untuk berbincang mengenai Ramadan. Terangkan keberkatan Ramadan dan gedung pahala yang terbuka kepada semua orang bertakwa.

�� Tetapkan matlamat. Bincangkan, tetapkan dan persetujui bersama matlamat sebagai satu keluarga. Setiap ahli keluarga perlu juga ada matlamat individu yang saling menyokong ke arah mencapai matlamat keluarga.

�� Sebagai sebuah keluarga, setiap ahli harus bersetuju:

�� Tinggalkan TV - Tiada yang rugi jika tidak menonton TV  sebulan ini. Beri imbuhan kepada anak-anak kecil - beritahu mereka tentang keistimewaan Ramadan. 

�� Untuk kanak-kanak, buat carta di mana setiap ibadah yang mereka lakukan akan diberi pelekat bintang-bintang biru jika solat di masjid, bintang hijau jika puasa sehari, pelekat merah bila puasa berterusan 3 hari, dan sebagainya. Pada akhir Ramadan, boleh tukarkan pelekat-pelekat ini dengan sesuatu yang mereka inginkan.

�� Jangan berjaga malam melainkan untuk beribadah.

�� Tinggalkan permainan komputer, Youtube, PS2 terutama di waktu malam, dan sebagainya.

�� Sebaik-baiknya, jangan adakan apa-apa jamuan/kenduri/keramaian di bulan Ramadan. Persediaan untuk jamuan amat memakan masa. Setiap detik di bulan Ramadan adalah berharga!

�� Sekiranya suami masih hendak mengadakan jamuan, buatlah... demi untuk membahagiakan suami dan meraih pahala memberi orang makan, kerana ini bermakna anda mendapat keredhaan Allah.

�� Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)

�� “Sesiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(HR At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadis Hasan Sahih”)

�� Pastikan juga tiada muzik di rumah, di dalam kereta atau di mana sahaja. Sebagai ganti muzik, perdengarkan bacaan Al-Quran atau tazkirah-tazkirah pendek yang boleh beri manfaat kepada kebanyakan ahli keluarga yang hadir.

�� Pamerkan matlamat, perancangan dan peraturan keluarga bulan Ramadan di tempat yang semua ahli keluarga akan nampak setiap hari. Ini akan mengingatkan mereka sasaran yang ingin dicapai sebagai satu keluarga.

��QURAN DAILY MALAYSIA��

��������������������

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2