Jadilah orang yang bersyukur
Sayyidina 'Abdullah bin 'Amr ra berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memiliki dua sifat ini maka Allah SWT akan menulisnya dalam kalangan orang yang bersyukur dan orang yang bersabar dan sesiapa yang tidak memilikinya maka Allah SWT tidak akan menulisnya dalam kalangan orang yang bersyukur dan orang yang bersabar.
Sesiapa yang dalam urusan agamanya memandang kepada orang yang lebih tinggi daripadanya lalu dia mengikutnya dan dalam hal dunia ini dia memandang kepada orang yang lebih rendah daripadanya lalu dia bersyukur kepada Allah SWT (kerana semata-mata dengan limpah kurniaNya) Allah SWT telah meletakkannya dalam keadaan yang lebih baik daripada mereka itu maka Allah SWT akan menulisnya dalam kalangan orang yang bersyukur dan orang yang bersabar.
Sementara orang yang dalam urusan agama melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam hal dunia melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadanya lalu dia merasa sedih atas perkara yang dia tidak dapat maka Allah SWT tidak akan menulisnya dalam kalangan orang yang bersyukur dan tidak juga dalam kalangan orang yang bersabar." (HR Tirmizi)
Comments
Post a Comment