Syukur nikmat
Ad-Dien Abdul Kadir:
Allah kata:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), kamu tidak akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [An-Nahl:18]
Baiknya Allah pada kita...
Kita cinta orang atau orang cintakan kita hanya sebab saling memerlukan.
Sedangkan Allah suruh mencintaiNya bukan kerana Dia perlukan kita.
Kita disuruh untuk mencintaiNya semata-mata demi kepentingan dan kebaikan buat kita sendiri.
Dia Maha Kaya, Maha Sempurna, Maha Segalanya..
Sedikitpun Dia langsung tak perlukan kita.
Allah kata:
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ ۖ
Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa Allah tidak berhajatkan/memerlukan kamu (untuk kesempurnaanNya)
[Az-Zumar:7]
Comments
Post a Comment