Traumatic Stress Disorder (IKIM.FM)
PERSONA D ZAHRA (IKIM.FM)
Ustaz Amin
Topik - Traumatic Stress Disorder
Rujukan:
FB Live - Traumatic Stress Disorder - IKIM.FM
Bahagian otak:
a) aqlul insani = prefrontal cortex
b) aqlul hayawan = reptilian brain
c) aqlul rohani = limbic system
d) ingatan = memori
perkara berkaitan emosi akan melekat/tersimpan di ingatan jangkamasa panjang di aqlul rohani.
kalau traumatik event/peristiwa akan terakam/terlekat di limbic system.
perkara yang berkaitan dgn perasaan spt. yang menyedihkan, menakutkan, menyakitkan, geram, sedih, marah.
Kesan-kesan:
1. fikiran terganggu kerana tetiba datang ingatan itu.
2. mimpi yg mengerikan/menakutkan.
3. elak mengingati peristiwa2 / kenangan lalu.
4. mudah marah.
5. kurang/tak boleh tidur.
Tanda-tanda:
suka cerita balik ttg pengalaman sedih/sukar/sakit.
suka bertanya - kenapa aku?
Solusi:
1. amalkan asmaul husna.
gunakan nama2 Allah yang baik utk berdoa.
ya ghofur = past oriented, melepaskan masa lalu.
ya syakur = kebimbangan yg akan datang
past oriented:
kalau kita lihat sebagai kesakitan, akan jadi sedih berpanjangan.
kalau kita ambil sebagai iktibar, akan ubah supaya betulkan.
future oriented:
tak perlu fikir jauh kerana belum berlaku.
kita nak hidup dlm present oriented (mindfulness).
- solat adalah latihan utk mindfulness.
- sentuh, pegang, rasa.
- berada dalam realiti, be in the present.
2. bagi yang grounded oleh trauma/memori (semuanya di limbic system):
amalkan - ya dzal jalali wal ikram - Allah yg maha tinggi maha mulia
Baca dengan pengharapan emosi. Mohon Allah bantu dan lindungi dari fikiran negatif.
Fikiran dicemari dgn trauma/sad/painful memories perlu dizikirkan dgn nama Allah, diisikan dgn nama2 Allah, masuk ke dalam limbic system.
Utk buang perkara lama, buang yg lama itu dan isikan dgn asmaul husna.
3. hindari/jauhkan berburuk sangka.
kebanyakan sangkaan mendatangkan dosa sehingga menyukarkan hubungan sesama manusia.
eg. dimangsai/dizalimi/dianiayai.
4. masa itu emas.
peristiwa = takdir (telah tertulis)
respon = cara memandang harus menjurus kpd positif, bukan negatif.
untuk apa nak bersedih lama2? umur kita bukan panjang sangat, not worth it.
alam dunia hanya sekejap, sementara.
kita akan ke alam akhirat yg forever.
belajar mencari UBAT HATI. bukan PUAS HATI.
Q - rasa rendah diri kerana OKU selalu diejek.
A - aqlul insani tak pandai nak terjemah bahasa non-verbal.
jauhkan diri dari orang yg suka mengejek.
cari orang yg positif, support kita.
@34:00
KESIMPULAN:
aqlul rohani (limbic system) tersimpannya ingatan jangka panjang dgn emosi.
qalbu / hati kita ada emosi - selalu tercalar, carilah ubat hati.
zikir dgn emosi, bukan menghabiskan biji tasbih.
baca dengan pengharapan emosi dan sungguh-sungguh.
mohon gantikan ingatan yang buruk dengan asmaul husna dan zikirullah.
Comments
Post a Comment