Keberkatan ilmu

FAKTOR DATANGNYA KEBERKATAN ILMU..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Bagi setiap penuntut ilmu menginginkan agar ilmu yang dipelajarinya adalah ilmu yang berkat serta manfaat.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dapat membawa pemiliknya sentiasa taat pada perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mengamalkan ilmunya untuk memperbaiki dirinya, keluarga dan masyarakatnya.

Maka segala ilmu yang tidak dapat mengajak pemiliknya merasa takut, tawadhu’ pada Allah SWT menyayangi sesama, melainkan justeru mengajak pemiliknya untuk mendurhakai Allah SWT. Ilmu yang seperti inilah yang dikatakan dengan ilmu yang tidak bermanfaat.

Allah SWT memberikan perumpamaan ilmu yang tidak bermanfaat atas mereka itu seperti keldai yang membawa kitab-kitab.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Jumu'ah ayat 5:

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“ Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (QS. Al-Jumuah : 5).

Allah SWT berfirman dalam ayat yang lain dalam Surah Al-Araf, ayat 179:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al A’raf : 179).

Oleh kerana itu bagi para penuntut ilmu yang baru memasuki dunia kampus atau kolej dan lain sebagainya. Hendaklah memahami matlamat asas dalam menuntut ilmu, hal ini bertujuan agar ilmu yang kita pelajari akan mendapatkan ilmu yang berkat dan bermanfaat.

Tazkirah hari ini berkongsi sedikit faktor yang menyebabkan datangnya keberkatan ilmu. Di antara faktor yang mempengaruhi keberkatan ilmu tersebut adalah:

1. Mengikhlaskan Niat.
Di antara faktor penyebab tidak berkatnya ilmu seseorang adalah Niat yang tidak ikhlas. Niat mempunyai peranan penting di dalam setiap langkah kita.

Niat yang baik akan membawa manusia menuju jalan kebaikan. Sebaliknya niat yang tidak baik akan membawa manusia menuju pada jalan kejahatan.
kerana pentingnya niat, seseorang yang berniat untuk melakukan kebaikan, akan tetapi tidak dapat melakukannya, maka orang tersebut mendapat satu pahala kebaikan kerana niatnya.Dan jika dapat melakukannya, akan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus hingga berlipat ganda.

Niat sangat penting peranannya bagi orang yang sedang menuntut ilmu. Dan tidak ada niatan lain dalam mencari ilmu kecuali untuk mencari redha Allah SWT, menghilangkan kebodohan dari diri sendiri dengan cara belajar. Demikian pula menghilangkan kebodohan orang lain dengan cara mengajar. Dan menghidupkan agama, melestarikan agama islam, serta bersyukur atas nikmat akal dan sihatnya tubuh badan.

2. Berusaha Untuk Mencari Ilmu Yang Berkat dan Bermanfaat.
Tanda yang paling jelas yang menunjukkan bahawa seseorang memiliki niat yang benar dalam menuntut ilmu adalah berkat dan bermanfaatnya ilmu tersebut bagi dirinya.

Nabi SAW bersabda:

مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الهُدَى وَالعِلْمِ، كَمَثَلِ الغَيْثِ الكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا، فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ، قَبِلَتِ المَاءَ، فَأَنْبَتَتِ الكَلَأَ وَالعُشْبَ الكَثِيرَ
“Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah SWT utuskan kepada diriku dengan membawa keduanya sebagaimana permisalan hujan lebat yang membasahi bumi. Di antara tanah yang dibasahi dengan air hujan, ada tanah yang subur, yang menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuhan dan rumputan yang lebat”. (HR. Bukhari).

Seperti itulah misalan ilmu yang bermanfaat bagi seorang hamba. Ilmu tersebut akan memberikan manfaat kepada pemiliknya, hatinya semakin lembut, jiwanya semakin tunduk kepada Rabbnya, lisan dan pandangannya semakin terjaga, dan lain sebagainya.

Inilah tanda yang pertama yang menjadi tanda penting dari tanda-tanda lainnya. Iaitu bermanfaatnya ilmu tersebut bagi dirinya dan orang lain di sekelilingnya.

3. Berusaha Untuk Mengamalkan Ilmu.
Ilmu yang dicari adalah untuk diamalkan. Oleh kerana itu, Allah SWT akan bertanya kepada semua orang yang belajar, apa yang telah mereka amalkan dari ilmu yang ia miliki?.

Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ … وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ
“Tidak akan berganjak kedua telapak kaki hamba di hari kiamat sampai ia ditanya, (salah satunya) tentang ilmunya, apa yang sudah dia amalkan?”. (HR. Tirmidzi).

Ketika seseorang memiliki niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu, maka ia akan mengerti bahawa ilmu yang ia cari bukanlah tujuan akhir dalam menuntut ilmu.

Tetapi bekal untuk beramal sehingga ia tetap berusaha mengamalkan setiap ilmu yang ia miliki. Adapun orang yang rosak niatnya. maka mengamalkan ilmu bukanlah tujuan yang hendak ia capainya, akan tetapi hanya pada tujuan kebendaan.

4. Sentiasa Berusaha Untuk Memperbaiki Amalan Soleh.
Orang yang merasa dirinya telah ikhlas dalam menuntut ilmu merupakan tanda-tanda tidak ikhlasnya seseorang dalam menuntut ilmu tersebut. Orang yang ikhlas akan sentiasa memperbaiki dirinya dan meluruskan niatnya dalam setiap amalan dan tidak merasa dirinya telah ikhlas.

Sebagaimana yang dikatakan ‘Amr: “Barangsiapa yang mengatakan dirinya adalah orang yang berilmu, maka dia adalah orang yang paling bodoh”.

Ibnu Rajab berkata: “Orang yang jujur dalam ilmunya akan merasa takut dirinya tertimpa kemunafikan dan takut mengalami su-ul khatimah di akhir hayatnya” (lihat Fadhlu ‘Ilmis Salaf ‘alal Khalaf, hal. 30-31).

5. Semakin Tunduk Dan Takut Kepada Allah SWT.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah Fathir ayat 28:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT di antara para hambaNya hanyalah orang yang berilmu”. (QS. Fathir : 28)

Ayat di atas Allah memberi petunjuk bahawa orang yang takut kepadaNya adalah orang yang berilmu. Oleh kerana itu, semakin bertambah ilmu seseorang, semakin tunduk ia kepada Rabbnya.

Sebahagian ulama mengatakan, “Siapa yang takut kepada Allah maka dia adalah orang yang berilmu. Dan siapa yang melakukan dosa dan bermaksiat kepada Allah SWT maka dia adalah orang yang bodoh” (Fadhlu ‘Ilmis Salaf ‘alal Khalaf hal. 26).

6. Benci terhadap pujian dan kemasyhuran
Manusia yang suka dipuji dan cinta pada kemasyhuran adalah tanda awal malapetaka pada diri seorang penuntut ilmu.

Tidakkah kita ingat kisah tiga orang yang pertama kali diseret ke dalam neraka? Rasulullah menyebutkan dalam hadis bahawa salah satu di antara mereka:

وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ، وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ، وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ، قَالَ: كَذَبْتَ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ: عَالِمٌ، وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ: هُوَ قَارِئٌ، فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ
“Seseorang yang menuntut ilmu, mengajarkannya, dan membaca Al-Qur’an. Lalu ia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya segala nikmat yang telah ia raih, lalu ia mengakuinya. Lalu ia ditanya, “Apa yang sudah kamu lakukan terhadap nikmat tersebut?”. Ia menjawab, “Aku menuntut ilmu juga mengajarkannya, aku juga membaca Al Qur’an keranaMu”. Lalu dikatakan padanya, “Kamu dusta! Kamu menuntut ilmu supaya kamu digelar sebagai orang yang alim!

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2