Cinta kita di mana?

Lepas solat,
Capai phone.

Tersengih sendirian.

Penangan 'whatsapp' barangkali.
Penangan 'wechat' barangkali.
Penangan 'instagram' barangkali.

Jari laju mengetuk skrin telefon.

Laju sampai terlupa adab dengan Allah lepas solat.

Zikirnya tiada.
Alunan surat cinta dari-Nya tiada.

Apatah lagi, doa.
Kita ambil mudah,
Kita pandang remeh.

Tapi,
Cuba tengok masa hati kita remuk,
Cuba tengok bila kita jatuh tersungkur.

Tak larat nak bangun,
Tak mampu nak berdiri.
Tak mampu nak handle suatu ujian.

Doa kita jadi khusyuk.
Zikir kita panjang tanpa henti.
Alunan bacaan surat cinta-Nya dibiarkan menyusup di hati.

Bila susah,
Baru terhegeh-hegeh nak cari Allah.

Bila jatuh,
Baru kenal Allah.

Bila rasa tenang sikit,
Allah diketepikan.

Mudahnya kita lupakan-Nya.
Cubalah belajar untuk 'setia'.

Setia bercinta dengan-Nya,
Tak kira masa susah atau senang.

Ingat,
Kita ini hidup berTuhan.

Selamat bercinta dengan pemilik cinta yang sebenar ..

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2