Pendosa tanpa sedar

Sebelum iblis dihantar ke dunia dia telah datang bertemu Allah dan meminta beberapa perkara dari Allah....

Akhirnya iblis berkata: "Sekarang aku boleh berjalan di dalam aliran darah manusia, boleh menggoda manusia di setiap saat dan masa tanpa rasa penat dan putus asa. Aku bersumpah aku akan menggoda manusia untuk melakukan semua laranganMu dan meninggalkn suruhanMu dan aku bersumpah semua manusia akan berada bersamaku di dalam neraka nanti".

Lalu Allah menjawab:"Wahai iblis yang dilaknat godalah dan walau hambaKu melakukan banyak dosa sehingga memenuhi langit dan bumi, seandainya mereka datang kepadaKu bersama dosa itu dengan penuh kehambaan dan bermohon ampun maka Aku akan ampunkn mereka dan Aku tidak peduli".

Besarnya pengampunan Allah melebihi kemurkaanNya.

Kita semua bukan maksum dan kita ialah pendosa yg melakukn dosa dalam sedar dan kurang sedar.
Janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah kerana pintu pengampunan Allah sangat terbuka luas untk hambaNya.
Usah terlalu mengejar dunia kerana kehidupan akhiratlah yg akan pasti dan kekal.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2