Ujian kehidupan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Khamis, 05 Rabiul Awal 1437H 

BAGAIMANA MENGHADAPI KESULITAN HIDUP.

Setiap orang pasti pernah mengalami masa-masa susah dalam kehidupan. Kerana itulah sunnatullah yang telah digariskan dalam kehidupan manusia penuh warna warni dan tantangan.

Syeikh Ibnu ‘Atho’illah as-Sakandari menyedarkan para penghuni dunia tentang hakikat dunia yang sejatinya tempat yang penuh dengan kenestapaan, kerosakan, huru-hara, bencana dan lain-lain. Dalam Syarh al-Hikam, ia menuturkan:

لَا تَسْتَغْرِبْ وُقُوْعَ الْأَ كْدَارِ مَا دُمْتَ فِي هٰذِهِ الدَّارِ
“Janganlah engkau merasa hairan dengan munculnya berbagai kekisruhan (bencana, kesulitan, kekacauan dan sejenisnya) selama engkau menghuni negeri dunia ini.”

Dunia bukan tempat balasan atas amal yang kita perbuat. Maka kita tidak langsung dibalas dengan gelumang kemewahan, perhiasan, pakaian-pakaian indah, kenderaan-kenderaan mewah, dan sebagainya atas segala bentuk ibadah yang telah kita kerjakan.

Negeri pembalasan adalah negeri akhirat. Di sanalah kita menerima berbagai nikmat yang berlimpah, tidak pernah terputus dan tidak terhalang, mempesona, lagi abadi.

Sebagai umat Islam, kita amat beruntung mendapat petunjuk-petunjuk dari Allah SWT dan RasulNya dalam mengatasi berbagai rintangan dan cubaan agar kita dapat melewatinya sekaligus menikmatinya sebagai seninya kehidupan.

Di antara ajaran Al-Qur’an dan Sunnah dalam mengatasi kesulitan hidup adalah sebagai berikut:

1. Bersyukur dan Bersabar,
Setiap orang tidak akan lepas dari susah dan senang. Maka sikap manusia dalam hidupnya dapat diringkaskan menjadi dua sikap :

A. Bersyukur ketika mendapat nikmat;
B. Bersabar. ketika menghadapi musibah.

Solusi pertama dan utama mengatasi kesulitan adalah dengan sabar dan solat. Allah SWT berfirman :

وَاسْتَعِيْنُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِيْنَ.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.” (Q.S. Al-Baqarah : 45)

Sabar yang dimaksud ayat ini bukanlah suatu sikap yang hanya “menerima” begitu sahaja terhadap nasib atau keadaan.

Sabar di sini mengandung erti “habsun nafsi” (pengendalian diri). Dengan kata lain, kita disuruh bijak mengelola emosi dan nafsu kita agar tidak sampai melakukan tindakan yang bodoh yang dapat merosakkan, dan merugikan.

Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra'du ayat 11:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS. Ar-Ra’du : 11).

2. Solat.
Setelah kita diperintahkan untuk bersyukur dan bersabar, Allah SWT memberi kita petunjuk utnuk mendirikan solat sebagai solusi dalam mengatasi masalah.

Selain solat fardhu yang merupakan kewajipan, sebaiknya kita pun mengerjakan solat-solat sunnah lainnya, terutama solat sunnah untuk memohon pertolongan Allah SWT seperti Solat Hajat, Solat Dhuha, Solat Tahajjud, dan Solat Tasbih.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadith:

كَانَ اِذَا حَزَنَهُ اَمْرٌ صَلَّى
“Bahawasanya Rasulullah SAW apabila menghadapi suatu perkara yang menyedihkan, maka bersegeralah beliau menjalankan solat.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud).

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 45 :

وَاسْتَعِيْنُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِيْنَ.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.” (QS. Al-Baqarah : 45).

Abdullah bin Salam r.a berkata, “Apabila keluarga Nabi SAW ditimpa suatu kesulitan, maka beliau menyuruh keluarganya mendirikan solat dan membaca ayat al-Qur’an:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلٰوةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لاَ نَسْئَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS. Thaahaa : 132).

Begitu pula kita jika menghadapi suatu masalah, disunnahkan untuk solat bagi mencari solusi terbaik dari Allah SWT.

Kerana Dialah sebaik-baiknya penolong, satu-satunya tempat berserah diri, Pengurus yang terbaik, tempat bermohon dan berharap semua makhluk. Apalagi Allah SWT tidak pernah menyia-nyiakan orang yang berharap padaNya.

3. Bersedekah.
Cara lain yang mujarab untuk mengatasi kesulitan adalah dengan bersedekah. Apabila kita ingin dimudahkan segala urusan, maka cara yang paling baik adalah bersedekah seawal mungkin, sebelum kita memulai urusan tersebut.

Melalui wasilah (perantara) sedekah, maka bantuan Allah SWT akan segera turun untuk menyelesaikan segala urusan, membuang segala bala bencana, mempermudah segala yang sulit, mengurai semua kekusutan, menghasilkan segala maksud dan mewujudkan semua harapan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Lail, ayat 5-7:

فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَاتَّقَى() وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى() فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ
“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa. Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga). Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” (Q.S.Al-Lail : 5-7)

Sebaliknya bagi mereka yang kikir @ bakhil, Tiada jalan keluar bagi kesulitan yang dihadapinya, seperti menemui jalan buntu. Allah tidak akan membantunya, dan manusia pun tidak ada yang sudi menolongnya.

Allah SWT mengingatkan hal ini dalam firmanNya dalam surah Al-Lail ayat 8-10 :

وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى ()وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى ()فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى ()
“Dan Adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup. Serta mendustakan pahala terbaik. Maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.”(Q.S.Al-Lail : 8-10)

4. Memudahkan Dan Membantu Urusan Orang.
Sudah menjadi sunnatullah bila seseorang yang menebarkan kebaikan maka ia akan menuai kebaikan. Sebaliknya orang yang menebar keburukan, pasti ia akan menuai keburukan pula.

Mereka yang suka memudahkan urusan orang lain, maka urusannya pun akan dimudahkan oleh Allah SWT. Siapa yang suka menolong sesama insan, maka ia pun akan ditolong lagi oleh Yang Maha Kuasa dengan berbagai cara yang dikehendakiNya. Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللّهً عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَ الْاَخِرَةِ
“Barangsiapa yang memudahkan urusan orang yang tertimpa kesulitan,maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.” (H.R.Ibnu Majah)

Selain itu, jika kita berbuat baik kepada orang lain, sama dengan kita berbuat kebaikan pada diri kita sendiri. Sebaliknya jika kita berbuat jahat kepada orang lain, maka kerugiannya tidak akan berpulang kepada orang lain, melainkan kepada diri si pelakunya sendiri.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra ayat 7 :

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لأنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا.
“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, Maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri.”(QS. Al-Isra : 7).

5. Silaturahim.
Sesungguhnya kesusahan apa pun pasti akan dapat diselesaikan, jika kita suka bersilaturahim kepada kerabat, tetangga, teman, kenalan atau siapa saja yang sewaktu-waktu kita perlukan pertolongannya.

Banyak orang yang tidak menyedari erti pentingnya silaturahim, sehingga mereka masih malas untuk melakukannya. Padahal Silaturahim memiliki banyak manfaat, selain panjang umur dan memperluas rezeki. Sebagai contoh, silaturahim dapat menjadi peranan untuk mengadukan masalah kepada orang lain yang kita sayangi atau kita kenal berkenaan dengan masalah yang kita hadapi.

Keuntungan silaturahim selanjutnya adalah lapang rezeki. Setidaknya makanan dan minuman kita perolehi ketika bersilaturahim. Kadang kala rezekinya pun bertambah berupa pinjaman wang, pemberian kemudahan, modal, bisnes dari saudara, jiran, kawan atau rakan bisnes yang kita kenali.

Rasulullah SAW bersabda yang menyatakan:

مَنْ سَرَّهُ اَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَ يُنْسَأَ لَهُ فِيْ أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memperat tali silaturrahmi.” (HR. Al-Bukhori dan At-Tirmidzi).

6. Mensyukuri Nikmat Allah SWT.
Salah satu bukti kasih sayang Allah SAW kepada hamba-hambaNya adalah mengkurniai lebih banyak nikmat daripada cubaan.

Orang lebih panjang mengalami masa sihat daripada masa sakit. Lebih lama merasakan masa berjaya daripada masa kejatuhan. Lebih banyak untung daripada ruginya. Lebih banyak sukanya daripada dukanya kerananya janganlah kita melupakan kebaikan-kebaikan Allah SWT begitu sahaja.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih". (QS. Ibrahim : 7).

Rasulullah SAW bersabda :

لَنْ يَغْلِبَ عُسْر يُسْرَيْن ٌ
“Satu kesulitan tidak akan mengalahkan dua kemudahan.” (HR. Al-Hakim).

Itulah sebabnya Allah SWT memberi semangat kepada kita untuk berjuang dan menanamkan semangat kepada hamba-hambaNya melalui firmannya:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا () إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ()
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah : 5-6)

Allah Yang Maha Bijaksana sudah pasti lebih mengetahui batas-batas kemampuan tiap hambaNya dalam menanggung musibah atau cubaan. Kerana itu setiap musibah tidak akan ditimpakan begitu saja tanpa kadar yang boleh dipikul oleh hamba yang ingin dicintaiNya.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS. Al-Baqarah : 286).

Cubaan yang ditimpakan Allah SWT kepada hambaNya yang soleh, bukanlah kerana Allah membencinya, sebaliknya justeru Allah sedang mencintainya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

اِذَا اَحَبَّ اللهُ عَبْدًا اِبْتَلَاهُ لِيَسْمَعَ تَضَرُّعَهُ
“Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan menguji hamba tersebut dengan berbagai cubaan demi mendengar luahan hatinya.” (HR. Al-Baihaqi dan Ad-dailami).

7. Berdo’a.
Salah satu senjata dalam menghadapi musibah adalah dengan berdoa kepada Allah SWT, apa yang kita hajatkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Do’a adalah senjata orang yang beriman, tiangnya agama, dan cahaya yang mencerahkan langit dan bumi (HR. al-Hakim dan Abu Ya’la).

Allah SWT juga menyuruh hamba-hambaNya banyak berdoa. Dalam berdo’a tersimpan harapan besar akan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT sekaligus menegaskan atas kedha’ifan (kelemahan) manusia sebagai hamba yang tiada daya dan upaya untuk meraih manfaat atau menolak mudharat (bahaya) melainkan izin dan pertolongan Allah SWT.

Ya Allah sesungguhnya segala bentuk musibah yang Engkau timpakan kepada kami, Engkau Maha Mengetahui apa yag terbaik untuk kami, mudahkan segala urusan dan masalah yang kami hadapi. Dengan berkat dan redha dariMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2