Bila hati merasa resah...

JIKA HATIMU MERASA RESAH DAN GELISAH DENGAN DUNIAMU, BERERTI MASIH JAUH DARI ALLAH

“Jika hatimu masih merasa jiwa yang kacau, resah dan sedih bererti masih terhalang untuk menyaksikan-Nya.”
—Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam.



Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika hati kita masih merasakan kacau dan resah, sedih dan gelisah terhadap hal-hal yang bersifat duniawi, bererti hati kita masih terhalang dari melihat Allah dengan mata batin. Jika tidak, tentu dia tidak akan merasa risau ataupun sedih atas hilangnya sesuatu dari dunia ini.
Perasaan resah, gelisah dan sedih darihal dunia tersebut adalah akibat dari sikap memandang diri sendiri dan mengedepankan keuntungan peribadi semata.

Padahal, jika seseorang tidak lagi sibuk dengan hanya melihat dirinya sendiri dan hanya menyaksikan hakikat Al-Haqq disebalik setiap martabat wujud, tentu dia akan selalu senang dan bahagia.

Allah berfirman, “Janganlah engkau bersedih. Sesungguhnya Allah selalu bersama kita.”

Siapa yang hatinya bersinar dengan cahaya makrifat, ia tidak akan bersedih selamanya. Tetapi, jika orang yang mencapai maqam ini masih merisaukan kesedihan dan kegelisahan yang tak tertahankan terhadap hal-hal dunia ini, ketahuilah bahawa di dalam kesedihan, kegelisan dan kerisauan itu masih ada faedah-faedah yang mulia, pengajaran, ibarat-ibarat dan isyarat-isyarat ketuhanan bagi kita jika kita mengetahui.

Kesedihan, kegelisahan dan kerisauan dapat mengeruhkan hati dan menyemarak hawa nafsu akan sikap ketidakbergantungan kepada Allah, serta  bergantung kepada makhluk serta asbabnya dan dunia seisinya.

Kerisauan dan kegelisahan selalu berhubungan dengan sesuatu hal-hal dunia yang akan datang. Sedangkan kesedihan berhubungan dengan peristiwa  masa lampau. Orang yang dekat kepada Allah, dan mampu menyaksikan  kekuasaan dan kehendak-Nya, tentu tak akan merasa sedih dan resah gelisah, sebab dirinya selalu merasakan kehadiran dan kebersamaan dengan Allah, yang begitu dekat dan sangat dekat... dan mengetahui bahawa dia bersama Tuhan yg menentu segalanya terhadap hal-hal yang sudah.. sedang dan akan berlaku terhadap dirinya dan sekitarnya hingga dia merasa selamat dan tenteram dalam hadrat Tuhan walaupun menerima Tajalli Jalal(keperkasaan) atau Jamal(keindahan)-Nya dan mengetahui bahawa kekasihnya sedang menguji cintanya terhadap Diri-Nya.

--Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syekh Abdullah Asy-Syarqawi


SILA SHARE DAN SEBARKAN
Usahlah menjadi #PenagihDunia

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2